Zulfaqar Mamat2024-05-312024-05-312020-10-27e-ISSN: 2735 - 1742https://insla.usim.edu.my/index.php/eproceeding/issue/view/2https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18201International Seminar on Syariah and Law (INSLA 2020) E-Proceedings “Hala Tuju Syariah Dan Undang - Undang Mendepani Pandemik Covid - 19” Organized by : Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia 27-28 October 2020Kajian ini bertujuan untuk menyingkap aspek penggunaan kaedah fiqh “la darar wa la dirar” yang boleh diaplikasikan dalam situasi semasa di Malaysia. Kaedah ini yang diambil secara langsung daripada hadis Nabi SAW dilihat penting dalam membantu para ulama kontemporari mencari persamaan dan membuat perbandingan terhadap masalah-masalah fiqh yang pelbagai dan menyesuaikannya dengan permasalahan baru yang belum mempunyai sandaran hukum syarak. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah kualitatif melalui penerokaan terhadap sumber kepustakaan yang pelbagai dengan meneliti buku-buku berkaitan qawaid fiqhiah, jurnal dan juga laporan pihak yang berkepentingan dalam isu COVID-19 di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan kaedah fiqh “la darar wa la dirar” dan beberapa pecahan kaedah yang berada dibawahnya telah diaplikasi dalam banyak permasalahan yang berkait dengan pelaksanaan dan arahan kerajaan semasa pandemik COVID-19 di Malaysia. Walaupun ia tidak disebut secara jelas tetapi tindakan yang diambil adalah selari dengan kaedah fiqh tersebut yang menyarankan supaya semua kemudaratan dihilangkan.otherAplikasi, kaedah fiqh, kaedah pecahan, COVID-19, metodologi kualitatif, fiqhAplikasi Kaedah Fiqh “La Darar Wa La Dirar” Dalam Isu Covid-19 Di MalaysiaThe Application Of The Islamic Legal Maxim “La Darar Wa La Dirar” In Covid-19 Issues In MalaysiaArticle33133931