A Irwan Santeri Doll Kawaid2024-05-302024-05-302021-10-062811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16865PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam MalaysiaAntara kumpulan sesat yang sering mendapat perhatian Quran dengan memberikan mereka pelbagai hujah agar mereka sedar tentang kesilapan dan kesesatan mereka adalah golongan Nasrani atau yang lebih dikenali sebagai penganut agama Kristian. Mereka telah menyekutukan Allah dengan mendakwa bahawa Nabi Isa AS adalah anak-Nya, percaya kepada tuhan yang tiga dan juga melakukan pelbagai kesilapan lain. Jika diteliti pada metode-metode yang digunakan oleh Quran dalam menyampaikan hujah-hujahnya kepada mereka, didapati ia tidak menggunakan suatu metode tertentu, akan tetapi dengan menggunakan pelbagai metode. Justeru, kertas kerja ini cuba menganalisa metode-metode yang digunakan Quran dalam berhujah dengan golongan Nasrani dan mendedahkannya. Antara metode yang digunakan Quran dalam berhujah adalah metode penceritaan, Silogisme, Reductio Ad Absurdum, Apagogik dan sebagainya. Metode-metode yang digunakan Quran dalam penyempaikan hujah kepada golongan Nasrani perlu menjadi model dan panduan kepada umat Islam untuk mereka berhujah dengan orang yang menyimpang daripada jalan yang benar.othermetode, quran, hujah, kristian, Nasrani, Isa.Metode Quran Dalam Menyampaikan Hujah Kepada Penganut Agama KristianArticle511522