Farra Nabilla binti AzhariNur Afni Najihah binti MohammadMohd Zamrus Bin Mohd Ali2024-05-302024-05-302023-12-23Mohamad Amin, A. F., Mohamad Jan, N. M. J., Mohamed, N. A., & Mazlan, N. F. F. M. (Eds.). (2023). In 4th Insan Junior Researchers International Conference 2023 (iJURECON 2023. Kolej PERMATA Insan.978-629-97667-5-9https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/165384th Insan Junior Researchers International Conference 2023 (iJURECON 2023) : "STREAM for a better futureā/ editors : Ahmad Fuad Mohamad Amin, Nurhidaya Mohamad Jan, Nur Aisyah Mohamed, Nur Fatin Fathillah Mazlan 27-28 October 2023 Organized by : Kolej Permata InsanBeberapa siri yang mencetuskan isu umat Islam di Malaysia seringkali dikaitkan dengan Islamofobia biarpun pada hakikatnya ia telah menjankau kepada peringkat Islamodium. Isu cadangan pengajaran hadis 40 di sekolah-sekolah dan isu tuntutan oleh Nik Elan Zurina untuk menggugurkan lebih daripada 20 enakmen syariah Kelantan adalah contoh yang paling hampir. Lebih memburukkan lagi imej Islam di Malaysia kerana ada dalam kalangan umat Islam yang menyokong kedua-dua isu tersebut. Seiring dengan perkembangan hari ini, istilah Islamofobia menjadi popular dalam menterjemahkan gambaran tentang perspektif masyarakat terhadap Islam dan umatnya. Manakala Islamodium yang jarang digunapakai membawa maksud kebencian individu atau mana-mana kelompok yang menyatakan kebencian terbuka kepada Islam dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Ini juga membuktikan unsur Islamofobia dan Islamodium wujud di Malaysia. Berdasarkan metodologi kajian kualitatif, maklumat kajian awal akan memberi fokus kepada kes-kes yang berlaku di Malaysia yang melibatkan isu terkini sehingga bulan Ogos tahun 2023. Hasil kajian awal mendapati bahawa golongan Islamofobia turut membawa naratif Islamodium secara langsung dalam ucapan mahupun tindakan mereka. Kesimpulan kajian turut menggesa kepada hukuman yang lebih berat kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah mengikut akta kesalahan jenayah syariah. Untuk hal itu, peranan institusi Kehakiman di Malaysia serta Dewan Parlimen wajar mengekang isu Islamofobia dan Islamodium dengan mengembalikan kedaulatan, maruah dan kesucian Islam di MalaysiaotherIslamofobia, Islamodium, Isu Islam di Malaysia, perspektif IslamIslamofobia di Malaysia: Antara Golongan Islamofobia dan IslamodiumArticle163167