Haslina IbrahimZaifuddin Md Rasip2025-06-252025-06-252025-05-31Haslina Ibrahim & Zaifuddin Md Rasip (2025). Kahwin Campur: Isu, Konflik, Dan Peranan Mediasi Dalam Masyarakat Majmuk Di Malaysia: Mixed Marriages: Issues, Conflicts, And The Role Of Mediation In Malaysia’s Multicultural Society. Sains Insani, 10(1), 12–22. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol10no1.7020127-787110.33102/sainsinsani.vol10no1.702https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/702/364https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/27053Sains Insani, Volume 10 Issue 1 Page (12–22)<jats:p>Amalan kahwin campur bukanlah fenomena baru dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama. Mutakhir ini ia sudah semakin diterima oleh masyarakat berbanding setengah abad yang lalu. Globalisasi membuka ruang yang lebih besar yang memungkinkan berlakunya interaksi antara etnik, budaya, dan agama yang berbeza. Dalam konteks Malaysia, walaupun kahwin campur sudah semakin diterima, namun ia masih lagi menimbulkan beberapa isu berbangkit apabila melibatkan perkahwinan di antara orang Islam dan bukan Islam. Ini kerana syariat menetapkan bahawa syarat sah perkahwinan adalah pasangan mesti beragama Islam. Hakikatnya, terdapat juga larangan-larangan tertentu di dalam agama selain daripada Islam terhadap kahwin campur. Hal ini bukan sahaja menimbulkan konflik kepada pasangan, bahkan ia menimbulkan prejudis antara kaum dan penganut agama yang berbeza. Keadaan ini boleh meninggalkan impak yang negatif terhadap kesejahteraan hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Sesuatu perlu dilakukan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kahwin campur dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian terjadinya konflik. Oleh yang demikian, penulis mencadangkan agar mediasi diperkenalkan kepada pasangan dan ahli keluarga yang terlibat sebagai inisiatif di peringkat awal bagi mengurangkan risiko berlakunya konflik kekeluargaan yang berpotensi membina persepsi negatif di antara kaum dan agama yang berbeza di negara ini. </jats:p>msKahwin campurhubungan antara agamamediasiKahwin Campur: Isu, Konflik, Dan Peranan Mediasi Dalam Masyarakat Majmuk Di MalaysiaMixed Marriages: Issues, Conflicts, And The Role Of Mediation In Malaysia's Multicultural Societytext::journal::journal article1222101