Siti Rugayah TibekKhazri OsmanBadlihisham Mohd NasirAhmad Irdha Mokhtar2024-05-282024-05-2820151985-6822http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/149http://journalarticle.ukm.my/9385/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6169Al-Hikmah 7(2) 2015: 23-39Puisi bukan sekadar bait-bait yang dipersembahkan bagi tujuan hiburan, bahkan mempunyai peranan yang penting dalam dunia dakwah. Ungkapan yang terdapat dalam sesebuah puisi melambangkan pemikiran dan peribadi penciptanya. Kajian ini bertujuan mengenal pasti uslūbdakwah yang terdapat dalam puisi Imam Shāfi’ī, salah seorang ulama dan dāᶜiyang masyhur pada kurun kedua hijrah. Kesarjanaan beliau meliputi bidang fiqah, usul fiqah dan bahasa Arab. Meskipun begitu masyarakat lebih mengenali beliau selaku seorang faqih berbanding pemuisi. Beliau gigih berdakwah memberi kefahaman kepada umatIslam melalui lisan dan tulisan. Puisi beliau harus diketengahkan sebagai satu bentuk kajian kerana kebolehan beliau mengintegrasikan antara nilai dakwah dan sastera. Sebahagian besar isi kandungan puisi beliau soal moral, nasihat dan keadaan masyarakatnya pada zaman tersebut. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Bait-bait puisi yang terkandung dalam DīwānImam Shāfi’ī dianalisis untuk mengenal pasti uslūbdakwah yang terkandung dalamnya. Hasil kajian ini mendapati antara uslūbdakwah yang terdapat dalam puisi beliau ialah uslūbjenaka, mengelak berdebat dengan orang yang kurang cerdik, berdebat dengansopan dan membalas keburukan dengan kebaikan.otheruslub,dakwah,bait puisi,Diwan Imam Shafi’i,sasteraUslub Dakwah dalam Diwan Imam ShafieArticle233972