Ahmad Bazli Ahmad HilmiZulkifli Haji Mohd YusoffSelamat Amir2024-05-302024-05-302015-121675-5936http://uijournal.usim.edu.my/index.php/uij/article/view/125/82https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16165Beberapa permasalahan yang terdapat dalam penterjemahan makna al-Quran menyebabkan sesuatu perkataan atau ayat al-Quran tidak diterjemahkan dengan tepat. Faktor utama yang menyumbang kepada permasalahan tersebut ialah terbatasnya kemahiran dalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran. Oleh yang demikian penilaian semula terjemahan al-Quran sedia ada adalah satu keperluan memandangkan al-Quran merupakan mukjizat yang kekal hingga ke akhir zaman. Kajian bertujuan menyemak kembali terjemahan al-Quran Bahasa Melayu sedia ada yang memfokuskan terjemahan makna kalimah al-muzn dan yasbahun seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan kemajuan teknologi dewasa ini. Kajian yang menggunakan metodologi penyelidikan perpustakaan ini dijalankan dengan menganalisis terjemahan makna ayat Al-Quran (Tafsir Pimpinan ar-Rahman dan Terjemahan al-Hidayah al-Quran al-Karim) berkaitan penciptaan langit yang memfokuskan kejadian hujan dan pergerakan objek di langit berdasarkan kaedah tafsir ilmi. Analisis terhadap sampel kajian menunjukkan terjemahan al-Quran sedia ada tidak memberikan perbezaan terhadap beberapa kalimah berkaitan kejadian hujan dan mentakwilkan kalimah yasbahun bagi pergerakan objek di langit. Hasil kajian menunjukkan terdapat penambahan nilai diterapkan kepada terjemahan makna ayat al-Quran sedia ada berkaitan penciptaan langit; pengkhususan terjemahan makna yang umum bagi kalimah al-muzn dan penggunaan terjemahan makna asal bagi kalimah yasbahun tanpa takwil.otherTerjemahan MaknaAl-MuznYasbahunTafsir Ilmi Dan SainsTerjemahan Makna Kalimah Al-Muzn Dan Yasbahun: Satu Penilaian Semula Berdasarkan Kaedah Tafsir ‘IlmiThe Translations on The Meaning of The Words Al-Muzn And Yasbahun: An Evaluation Based on The Scientific ExegesisArticle14116716'Ulum Islamiyyah, Vol.16,December, 2015