Amin Al Haadi ShafieMizan Adiliah Ahmad IbrahimMohamad Isa AmatKhairunnezam Mohd NoorHishamuddin Abdul WahabZirwatul Ahlam Zamzam2024-05-282024-05-2820192710-6713https://jurnal.adk.gov.my/kajian-meta-analisis-keberkesanan-program-rawatan-dan-pemulihan-di-agensi-antidadah-kebangsaan-aadk/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7675Volume : 10 Number : 1Matlamat kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan rawatan dan pemulihan yang dijalankan di bawah pusat yang dikelola oleh AADK. Kajian ini melibatkan lapan kajian kuantitatif dan empat belas kajian kualitatif. Pengkaji telah mengumpulkan kajian-kajian lepas yang berada dalam simpanan AADK dan juga yang berada di beberapa Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Program rawatan dan pemulihan yang dikumpulkan telah dibahagikan kepada beberapa tema iaitu rawatan dengan pendekatan keagamaan, komuniti terapeutik, Cure and Care Rehabilitation Center dan pendekatan lain-lain. Kajian berbentuk kuantitatif telah dianalisis menggunakan perisian Stata untuk mengenalpasti keberkesanan rawatan pemulihan yang dikaji oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Kajian kualitatif pula dikumpulkan untuk menjadi sokongan kepada hasil meta-analisis data-data daripada kajian kuantitatif. Kajian kuantitatif yang dianalisis menggunakan meta-analisis diklasifikasikan kepada dua jenis analisis iaitu analisis selanjar dan analisis binari. Tahap keberkesanan rawatan bagi setiap kajian diukur daripada penganggaran effect size (ES) dengan menggunakan Cohen’s d bagi analisis selanjar dan nilai RR bagi analisis binari. Analisis binari pada keseluruhannya menunjukkan data-data tahap heterogeneous yang tinggi, manakala analisis selanjar pula didapati homogeneous. Di akhir kajian ini, pengkaji mendapati bahawa hasil dapatan kualitatif tidak dapat menyokong keputusan kajian-kajian kuantitatif disebabkan hasil dapatan kajian adalah berbeza-beza antara satu sama lain dan terlalu abstrak. Cadangan-cadangan yang dikemukakan diharapkan dapat membantu dalam penambahbaikan kajian keberkesanan serta pelaksanaan program rawatan pemulihan pada masa akan datang.otherMeta-Analisis, Kajian AADK, Stata, Rawatan dan Pemulihan, Dadah, AcredaKajian Meta-Analisis Keberkesanan Program Rawatan Dan Pemulihan Di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)Article3153101