Mohamed, A. K.A. K.MohamedMohd Yusoff, M. Y. @ Z.M. Y. @ Z.Mohd YusoffAbdul Aziz al-Ghiryani, A.A.Abdul Aziz al-Ghiryani2024-05-292024-05-292018Mohamed, A. K., Mohd Yusoff, M. Y. @ Z., & Abdul Aziz al-Ghiryani, A. (2018). METODE IBN ADIL AL-HANBALI (W 880H) DALAM PENGHUJAHAN HADITH DI DALAM KITABNYA AL-LUBAB FI ULUM AL-KITAB: KAJIAN TERHADAP SURAH AL-FATIHAH. Journal Of Hadith Studies, 3(2). https://doi.org/10.33102/johs.v3i2.422550-144810.33102/johs.v3i2.42http://journalofhadith.usim.edu.my/index.php/johs/article/view/42https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13951Kajian ini meneliti metod Ibnu Adel al-Hanbali dalam penghujahan Hadith di dalam kitab tafsirnya al-Lubab Fi Ulum al-Kitab. Penulis akan menerangkan secara jelas metode yang digunakan oleh Ibnu Adel dan menelusuri aspek penggunaan hadith sebagai sumber rujukan dan pendalilan dalam penghujahan pentafsiran al-Quran di dalam kitab beliau. Kajian ini juga cuba menghubungkan metode yang digunakan oleh Ibnu Adel dengan keperluan pentafsir masakini di dalam penulisan mereka. Pemilihan kitab al-Lubab ini dalam kajian ini pula ialah kerana kitab ini adalah sebuah kitab tafsir yang besar yang mengandungi sebanyak 20 jilid. Ianya menunjukkan bahawa pengarangnya adalah seorang yang alim di zamannya akan tetapi ianya kurang dikenali di rantau ini. Skop kajian ini memfokuskan kepada surah al-Fatihah untuk melihat sejauh mana penghujahan Ibnu Adel bersumberkan hadith. Kesimpulannya, kajian mendapati bahawa Ibnu Adel mementingkan penggunaan hadith sebagai hujah dan sumber dalam mengarang kitab tafsirnya ‘al-LubabFi Ulum al-Kitab’ akan tetapi beliau tidak konsisten dalam menyandarkan hadith kepada perawi yang terdekat atau dikenali sebagai rawi a’la di kalangan sahabat. Beliau tidak menyandarkan hadith-hadith tersebut dengan sanad yang sempurna sebagaimana yang dilakukan oleh ulamak-ulamak hadith serta tidak menyatakan status hadith samada saheh, dhaif ataupun mungkar. Beliau juga mengambil pendapat-pendapat ulamak dari kitab-kitab yang beliau rujuk tanpa ada penjelasan lanjut.en-USHadithIbnu Adelal-Lubabal-Lubab fi Ulum al-KitabMetode Ibn Adil Al-Hanbali (W 880h) Dalam Penghujahan Hadith Di Dalam Kitabnya Al-Lubab Fi Ulum Al-Kitab: Kajian Terhadap Surah Al-FatihahArticle294231