Arif Fahmi Md YusofIzawati WookMashitah Abdul MutalibNur Aina Abdulah2025-02-122025-02-122024Arif Fahmi Md Yusof, Izawati Wook, Mashitah Abdul Mutalib, & Nur Aina Abdulah. (2024). Undang-Undang Kebajikan Haiwan di Malaysia: Perlindungan Terhadap Haiwan Jalanan dalam Perspektif Islam. Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (ISUFI) 2024, 184–189. https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/view9786297748252https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26268E-Prosiding Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (iSUFI) 2024 18 Disember 2024 Anjuran: Fakulti Syariah dan Undang-Undang Penyunting: Irwan bin Mohd Subri, Azman bin Ab Rahman, Ahmad Syukran bin Baharuddin, Hussein 'Azeemi Abdullah bin ThaidiIsu kebajikan haiwan jalanan di Malaysia, khususnya melibatkan kucing dan anjing terbiar, menuntut pendekatan yang lebih komprehensif dan berlandaskan nilai-nilai Islam. Kajian ini mengenalpasti elemen-elemen perspektif Islam yang berkait dengan undang-undang kebajikan haiwan di Malaysia, khususnya Akta Kebajikan Haiwan 2015, dalam memperkukuh perlindungan terhadap haiwan jalanan. Kajian ini menggunakan pendekatan doktrinal melalui analisis kandungan bagi mengenal pasti elemen-elemen utama Maqasid Shariah dan Qawaid Fiqhiyyah yang relevan untuk diaplikasikan kepada undang-undang kebajikan haiwan di Malaysia.Berasaskan prinsip maqasid al-shariah dan qawa’id fiqhiyyah, Islam menekankan elemen ihsan, rahmah, dan maslahah dalam memastikan kesejahteraan semua makhluk. Prinsip-prinsip Qawaid Fiqhiyyah perlu diaplikasikan bagi mengurangkan kezaliman terhadap haiwan jalanan dan memelihara kesejahteraan masyarakat. Melalui integrasi prinsip-prinsip Qawaid Fiqhiyyah ke dalam perundangan kebajikan haiwan, kertas kerja ini mencadangkan penambahbaikan kepada perlindungan haiwan jalanan yang mampu memperkukuh tanggungjawab sosial serta membentuk masyarakat yang lebih beretika, prihatin, selaras dengan nilai kemanusiaan dalam Islam.msKebajikan HaiwanQawa’id FiqhiyyahHaiwan JalananUndang-Undang.Undang-Undang Kebajikan Haiwan di Malaysia: Perlindungan Terhadap Haiwan Jalanan dalam Perspektif Islamtext::conference output::conference proceedings::conference paper