Wan Abdul Fattah Wan IsmailAhmad Syukran BaharuddinLukman Abdul MutalibNik Salida Suhaila Nik SalehZulfaqar MamatZuriatunfadzliah SahdanSyh Noorul Madihah Syed HusinMohamad Aniq Aiman AliasNurul Syazwani Abdullah Kahar2024-05-302024-05-302021-12-30e-ISBN: 9789670001104https://fsu.usim.edu.my/proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17909E-Proceedings International Convention on the Basic Structure of Constitution 2021 (ICOBAC 2021) Theme: "Towards Dignifying Islam in the Framework of Rule of Law & Supremacy of Constitution" 15 – 16 December 2021 Organized By: Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) And Fakulti Pengajian Industri, Universiti Malaysia Pahang (UMP) Collaboration With: Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Shariff Ali (UNISSA), Brunei And Fakultas Hukum, Universitas Jendral Soedirman (UNSOED), IndonesiaRemaja merupakan aset negara yang identitinya mesti dipupuk supaya selaras dengan pembangunan dan tuntutan negara yang bertamadun. Kualiti dan ketahanan generasi muda negara dalam memimpin masyarakat ke arah jalan yang benar menentukan kemakmuran masa depan sesebuah negara. Namun sejak akhir-akhir banyak laporan dari media massa dan elektronik menyatakan bahawa kadar remaja-remaja Islam yang terlanjur di Malaysia amatamat membimbangkan. Dalam kajian ini, penulis akan membincangkan berkenaan punca yang menyebabkan remaja di Malaysia terlanjur. Hasil kajian mendapati bahawa, adalah sangat penting untuk memahami punca kepada kerosakan remaja pada hari ini demi membendung kepada masalah yang lebih besar. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa antara punca-punca yang menyebabkan remaja terlanjur iaitu antaranya atas sebab kurangnya didikan agama, kurangnya pemantauan daripada ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengumpulkan data daripada sumber-sumber primer dan sekunder yang kemudiannya dianalisis dengan menggunakan analisis dokumen dan kaedah temu bual di beberapa pusat perlindungan yang terpilih dengan mengkaji punca-punca yang menyebabkan remaja Islam di Malaysia terlanjur. Oleh itu, kajian ini mengharapkan pihak-pihak yang berkenaan terutamanya ibu bapa boleh mengambil usaha yang sepatutnya bagi membendung masalah ini.en-USRemaja, punca, keruntuhan sahsiah, ibu bapa, agama, rakanTinjauan Awal Terhadap Punca-Punca Yang Menyebabkan Remaja Islam Di Malaysia TerlanjurArticle349360