Nabilah Fasihah Ahmad YusoffUmmu-Hani AbasMohammad Najib JaffarAhmad Asyraf Mat AliMohammad Lukman Al-Hakim Md. NoorMohd Fadzil Abdul Hanid2026-02-112026-02-112025Nabilah Fasihah Ahmad Yusoff, Abas, U.-H., Mohammad Najib Jaffar, Ahmad Asyraf Mat Ali, Mohammad Lukman Al-Hakim Md. Noor, Mohd Fadzil Abdul Hanid, & Norakyairee Mohd Raus. (2025). Kesahan Kandungan Soal Selidik Bagi Pembinaan Rekabentuk Model Tadabbur Al-Quran Melalui Pembelajaran Kosa Kata Arab Berbantukan Teknologi Realiti Terimbuh Khusus Komuniti Dewasa OKU Pendengaran Menggunakan Kaedah Nisbah Kesahan Kandungan (CVR) dan Nilai Aiken: Content Validity of a Questionnaire for Designing a Quranic Tadabbur Model through Arabic Vocabulary Learning Assisted by Augmented Reality Technology for Deaf Adult Learners: Application of the Content Validity Ratio (CVR) and Aiken’s V Methods. Maʿālim Al-Qurʾān Wa Al-Sunnah, 21(1), 41–64. https://doi.org/10.33102/jmqs.v21i1.5142637-03282460-3010.33102/jmqs.v21i1.514https://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/514https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28908Indexed by MyCiteKajian ini bertujuan untuk menilai kesahan kandungan instrumen soal selidik yang dibangunkan bagi memastikan keberkesanan model baharu tadabbur al-Quran melalui pembelajaran kosa kata Arab dengan bantuan teknologi realiti terimbuh untuk komuniti dewasa OKUpendengaran. Instrumen ini direka untuk menilai aspek isi kandungan, elemen, dan kaedah pembelajaran menggunakan skala Likert 7 mata. Untuk tujuan penilaian nisbah kesahan kandungan (CVR), skala ini diadaptasi kepada skala penilaian empat mata. Proses penilaian melibatkan pakar-pakar dalam bidang Pendidikan al-Quran, Pendidikan Khas OKU pendengaran, dan Teknologi Pendidikan. Metodologi kajian melibatkan analisis kandungan dan pengiraan Nisbah Kesahan Kandungan (CVR), serta analisis Aiken's V sebagai kaedah sokongan, untuk memastikan kerelevanan dan kesesuaian item-item dengan objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa instrumen soal selidik yang dibangunkan mempunyai kesahan kandungan yang tinggi, dengan majoriti item mencapai nilai CVR 1.00. Analisis terperinci mendedahkan bahawa konstruk Tema Kosa kata dan Aktiviti Kandungan mencapai 100% persetujuan pakar, manakala konstruk Paparan Visual mencapai 92.3%, dan Domain Kosa kata 80%. Untuk mengukuhkan dapatan ini, analisis Aiken's V dijalankan, menghasilkan nilai purata 0.90, yang menunjukkan tahap kesahan kandungan yang sangat tinggi. Kesimpulannya, kedua-dua kaedah analisis membuktikan bahawa instrumen soal selidik ini sah dan sangat sesuai untuk digunakan dalam mereka bentuk model pembelajaran yang dicadangkan. Kajian ini menyumbang kepada pengembangan alat penilaian yang tepat untuk meningkatkan akses dan pemahaman al-Quran dalam kalangan komuniti dewasa OKU pendengaran. Penyelidikan lanjut disarankan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen ini dalam konteks aplikasi sebenar.msTadabburArabic LanguageHearing-ImpairedAugmented RealityContent Validity Ratio (CVR)Aiken’s VKesahan Kandungan Soal Selidik Bagi Pembinaan Rekabentuk Model Tadabbur Al-Quran Melalui Pembelajaran Kosa Kata Arab Berbantukan Teknologi Realiti Terimbuh Khusus Komuniti Dewasa OKU Pendengaran Menggunakan Kaedah Nisbah Kesahan Kandungan (CVR) dan Nilai AikenContent Validity of a Questionnaire for Designing a Quranic TadabburModel through Arabic Vocabulary Learning Assisted by Augmented Reality Technology for Deaf Adult Learners: Application of the Content Validity Ratio (CVR) and Aiken’s V Methodstext::journal::journal article4164211