Ikmal AdnanKhairulnazrin NasirRahim Kamarul ZamanAbdul Mu’iz bin Hazban2025-12-222025-12-222025Ikmal Adnan , Khairulnazrin Nasir, Rahim Kamarul Zaman, Abdul Mu’iz bin Hazban. (2025). Mimpi Menurut Islam: Satu Sumbangan Wahyu Dalam Menangani Isu Kesihatan Masyarakat Madani. International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 201–217. https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/2811-3411https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28325International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025) : Maqasid al-Quran and the Madani Vision: A Guiding Light for Regional Serenity and Global Unity Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies, in collaboration with Nasyrul Quran and Daffodil International University, Bangladesh. Date:12-13 November 2025Mimpi merupakan pengalaman umum manusia yang sering dikaitkan dengan aspek emosi, psikologi dan spiritual. Dalam tradisi Islam, al-Quran merakamkan beberapa kisah mimpi yang membawa maksud penting, seperti mimpi Nabi Yusuf AS dan Raja Mesir yang menjadi petunjuk kepada realiti kehidupan. Hadith Rasulullah SAW pula menjelaskan bahawa mimpi boleh berlaku dalam tiga bentuk, iaitu ru’ya salihah (mimpi benar, lintasan jiwa, dan gangguan syaitan. Kajian ini bertujuan meneliti pandangan Islam tentang mimpi berasaskan sumber wahyu khususnya ayat-ayat al-Quran serta menilai peranannya dalam membantu memahami isu kesihatan mental dan kesejahteraan hidup. Kaedah kajian melibatkan analisis teks al-Quran dan berkaitan mimpi, di samping penelitian terhadap pandangan sarjana klasik dan kontemporari. Hasil kajian menunjukkan bahawa mimpi boleh berfungsi sebagai petunjuk awal kepada keadaan jiwa dan emosi seseorang, serta mempunyai potensi untuk menyokong pendekatan pengubatan alternatif berteraskan Islam. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada pembangunan kaedah rawatan yang lebih menyeluruh dengan menggabungkan nilai wahyu dan pendekatan kesihatan semasa. Perkara ini adalah sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan kesejahteraan masyarakat secara seimbang dan menyeluruh.msafsir Maudhu’iMimpi (al-Ru’yaKesihatan MentalPengubatan AlternatifMalaysia MadaniInterpretation of the Maudhu’iDreams (al-Ru’yaMental HealthAlternative MedicineMimpi Menurut Islam: Satu Sumbangan Wahyu Dalam Menangani Isu Kesihatan Masyarakat Madanitext::conference output::conference proceedings::conference paper201217