Mohd Azhar AbdullahIrwan Mohd SubriMuhammad Lukman IbrahimMuhammad Amiri Abdul Ghani2024-05-282024-05-2820222023-1-26Abdullah, M. A., Mohd Subri, I., Ibrahim, M. L., & Abdul Ghani, M. A. (2022). Malaysia sebagai Negara yang Bermazhab: Satu Diskusi Awal. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 3(1), 161 - 184. Retrieved from http://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/2252756-7893http://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/225https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/5969Volume: 3 No: 1 (page: 161 - 184)Malaysia sebuah negara Islam rasmi beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diperteguhkan dengan mazhab fiqh al-Shafi’i dan akidah al-Asha‘irah. Tidak menghairankan, perbincangan-perbincangan akademik dan sudut pandangan umum negara ini mempunyai mazhab sebagaimana diperuntukkan dalam enakmen negerinegeri. Namun, penekanan dalam kajian-kajian sebelum ini kurang ditumpukan kepada bagaimana negara Malaysia bermazhab sebagaimana manusia juga bermazhab. Kelompangan ini menyebabkan negara Malaysia tidak dizahirkan roh dan kehidupan mazhabnya, sedangkan Malaysia konsisten bermazhab. Mazhab (almadhhab) dan bermazhab (al-madhhabiyyah) dua istilah kompetorari yang mempunyai konseptual yang berbeza. tetapi saling berkaitan. Sehubungan itu, penulisan kualititatif ini berusaha membahaskan bagaimana sebuah negara, khususnya Malaysia layak diiktiraf dan dimasyhur sebagai bermazhab. Tujuan utama adalah untuk menghidupkan roh mazhab dalam kehidupan Malaysia, sekaligus memberi imej Ahli Sunnah Wala Jamaah bagi memperkukuh amalan mazhab yang menjadi teras Islam di Malaysia. Dalam keadaan yang sama mematahkan gerakan aliran anti mazhab (allamadhhabiyyah) yang cuba menggugat kesejahteraan Malaysia. Penulisan ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisa bahan tertulis. Penulis meneliti dan menganalisis pendapat-pendapat fuqaha silam dan kontemporari bagi mendapat gambaran yang jelas berkaitan konseptual mazhab dan bermazhab, khususnya dalam wacana usul fiqh semasa. Dapatan kajian mendapati, negara juga boleh dinisbahkan dengan istilah bermazhab bagi memperkukuhkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam pentadbiran perundangan kefatwaan di negara ini.otherMalaysia; Mazhab; Syafii; Ahli Sunnah Wal JamaahMalaysia Sebagai Negara Yang Bermazhab: Satu Diskusi AwalMalaysia as a Madhhab Country: A Premilinary DiscussionArticle16118431