Nur Aina AbdulahNur Al-Farhain KamaruzamanMashitah Abdul Mutalib2024-05-312024-05-312022-12e-ISBN: 9789670001807https://pkausim.usim.edu.my/wp-content/uploads/2022/12/Prosiding-EA_2022.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18714E-Proceeding (Extended Abstract) SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022 : “Memimpin Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli”/ Editor: Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali , Irwan Mohd Subri , Siti Rubaini Mat. 1 December 2022 I Venue: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM Organized by Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM), Faculty of Syariah and Law, USIM and the Institute of Fatwa and Halal (iFFAH)Sumbang mahram atau inses merupakan jenayah yang berat dalam Islam yang mana ia merupakan hubungan seksual terlarang yang dilakukan dengan ahli keluarga terdekat yang mempunyai ikatan darah atau nasab keturunan. Ia merupakan perbuatan terkutuk bukan sahaja dari segi agama dan moral, malah merendahkan martabat manusia setanding haiwan. Permasalahan kajian adalah kes sumbang mahram yang tinggi setiap tahun yang menyebabkan kebimbangan dan rasa tidak selamat, meskipun Malaysia telah mempunyai peruntukan undang-undang khusus berkaitan jenayah ini. Persoalannya, adakah peruntukan undang-undang yang sedia ada tidak cukup mencegah jenayah ini? Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis undang-undang sumbang mahram di Malaysia dari perspektif syariah. Metodologi kajian kualitatif digunakan dengan reka bentuk analisis kandungan. Hasil kajian mendapati hukuman yang diperuntukkan dalam perundangan Malaysia masih tidak dapat mencegah jenayah ini daripada berleluasa disebabkan ia tidak seberat hukuman yang telah digariskan di dalam syariat Islam.otherjenayah, rogol, sumbang mahram, zinaUndang-Undang Jenayah Sumbang Mahram Di Malaysia: Analisis Menurut Perspektif IslamArticle233240