Nur Annisha Syafirah AnuarAzean Idruwani Idrus2024-11-112024-11-112024Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, & Nuruliza Roslan (2024). International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 . Penerbit USIM.e ISBN 978-629-7636-87-0https://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/10/e-Proceedings-ISTET-2024_full_24102024.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/24664E-Proceedings of 7th International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 “Sustaining Islamic Heritage, Upholding Philosophy, Spearheading Civilisations and Immersing in Culture” / editor: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, Nuruliza Roslan 15 – 16 Oktober 2024 ( Hibrid) Anjuran :Pusat Pengajian Teras & Institut Sains Islam (USIM) Dengan Kerjasama : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Islam Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia, dan Yayasan PEACEKeunikan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama mewarnai kehidupan masyarakat hasil daripada kepelbagaian yang menyatupadukan. Kewujudan pelbagai bahasa dan dialek ini mencerminkan kekayaan budaya dan sejarah manusia yang sangat kompleks. Bahasa bukan sahaja alat komunikasi tetapi juga identiti dan warisan sesuatu masyarakat. Terengganu merupakan salah sebuah negeri yang terdapat di Malaysia dan dialek yang terdapat di negeri tersebut secara majoritinya digunakan oleh masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir kasyarakat Cina yang turut menggunakan dialek tersebut dalam perbualan seharian. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis wacana perbualan dalam kalangan masyarakat Cina di daerah Dungun, Terengganu.Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan tumpuan kepada kajian kepustakaan dan lapangan dengan mengaplikasikan Teori Domain Fishman (1972). Kaedah pengedaran borang soal selidik secara dalam talian melalui Google Form dan temu bual digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemahaman perkataan dialek Terengganu dalam kalangan masyarakat Cina berada pada tahap yang memuaskan dan masyarakat Cina memahami makna bahasa Melayu dalam perkataan dialek Terengganu walaupun mempunyai perbezaan yang ketara. Kajian ini juga mendapati dua faktor yang mendorong masyarakat Cina untuk menggunakan dialek Terengganu, iaitu faktor pekerjaan dan pendidikan.Kajian ini telah menjelaskan bahawa pemahaman masyarakat Cina terhadap dialek Terengganu haruslah dikekalkan agar hubungan antara komuniti terus erat dan harmoni. Dialek Terengganu bukan sahaja bahasa pertuturan tetapi juga cerminan identiti dan budaya setempat yang unik.msWacanaPerbualanMasyarakat CinaDungunDialekWacana Perbualan dalam Kalangan Masyarakat Cina di Dungun, Terengganutext::conference output::conference proceedings::conference paper