Natasya HamidSyafiqah RosliSyamimi SukriMaisarah Saidin2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17565E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Tajwid mengikut bahasa ialah memperelokkan sesuatu manakala secara istilah mengeluarkan setiap huruf Hijaiyyah daripada makhrajnya serta diberikan haknya. Sebagaimana maklum, hukum membaca al-Quran secara bertajwid adalah fardu Ain bagi setiap muslim. Namun begitu, sebahagian besar umat Islam kurang menerapkan bacaan secara bertajwid ketika membaca al-Quran ekoran mengalami kesulitan dalam memahami hukum tajwid yang pelbagai. Selain itu, aktiviti harian yang sangat padat juga merupakan antara faktor yang menyebabkan mereka tiada waktu untuk mempelajari ilmu tajwid secara bersemuka. Kewujudan pelbagai kelas pengajian tajwid secara online dilihat mampu membantu mereka mempelajari tajwid. Walaubagaimanapun, metode pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam kelas online ini perlu diperhalusi agar umat islam beroleh manfaat yang sewajarnya seterusnya memahami ilmu tajwid dengan baik. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti kaedah-kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid melalui saluran Youtube. Seterusnya, menganalisis tahap keberhasilan kaedah pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid melalui saluran Youtube di era endamik Covid-19. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui kajian perpustakaan dengan bersumberkan bahan-bahan rujukan daripada artikel, jurnal serta analisis video dalam Youtube yang berkaitan dengan pembelajaran ilmu tajwid. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa Islam tidak menghalang penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran ilmu al-Quran seperti tajwid dan seumpamanya namun ia mestilah tidak menjejaskan keaslian ilmu itu serta mestilah berupaya memelihara tradisi asal keilmuan ilmu tersebut seperti talaqqi dan musyafahah. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid dapat membantu pelajar untuk menguasai bahagian dalam ilmu tajwid dan secara tidak langsung dapat membantu memperbetulkan bacaan al-Quran dengan bertajwid.otherPengajaran, Pembelajaran, Ilmu Tajwid, Youtube, endamik Covid-19Kajian terhadap Keberhasilan Pengajaran dan Pembelajaran Ilmu Tajwid melalui Saluran Youtube di Era Endamik Covid-19Article237244