Ahmad Syakir Mohd NassuruddinMohd Zain MubarakZulfaqar MamatMuhammad Adam Abd AzidMohammad Jawwad Md Yusnan2024-11-182024-11-1820242024-11-18Ahmad Syakir Mohd Nassuruddin , Mohd Zain Mubarak , Zulfaqar Mamat , Muhammad Adam Abd Azidi & Mohammad Jawwad Md Yusnan (2024). Unauthorized Marriage Statistics 2019-2023: An Analysis : Statistik Perkahwinan Tanpa Kebenaran Kelantan 2019-2023: Satu Analisis . Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 33(6), 160–168. Retrieved from https://al-qanatir.com/aq/article/view/10762289-9944https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/25107https://al-qanatir.com/aq/article/view/1076/701Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, Volume 33 Issue 6 Page (160–168)Kajian ini bertujuan untuk meninjau fenomena perkahwinan tanpa kebenaran di Kelantan dari perspektif syariah dan perundangan. Objektif utama ialah untuk mengenal pasti corak dan trend perkahwinan tanpa kebenaran, mengkaji faktor-faktor penyumbang, dan mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan. Metodologi kajian berdasarkan analisis dokumen dengan data diperolehi daripada kitab rujukan dan tiga agensi utama bagi tempoh 2019 hingga 2023. Dapatan kajian menunjukkan trend yang tidak seragam dengan penurunan ketara semasa pandemik COVID-19, diikuti peningkatan mendadak selepasnya, terutamanya dalam kes perkahwinan luar negara. Faktor penyumbang utama yang dikenal pasti termasuk kekangan prosedur, faktor geografi, dan tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan masyarakat. Analisis mendapati kes poligami tanpa kebenaran lebih tinggi berbanding kes monogami. Kajian ini mendedahkan implikasi serius terhadap kesahan perkahwinan, hak pasangan, dan kebajikan anak-anak. Kesimpulannya, fenomena ini memerlukan strategi komprehensif mengambil kira aspek perundangan, sosial, dan keagamaan. Kajian mencadangkan pendekatan bersepadu melibatkan penyelarasan antara agensi, peningkatan program kesedaran awam, dan semakan semula prosedur sedia ada untuk memastikan pematuhan undang-undang syariah dan memelihara keutuhan institusi kekeluargaan di Kelantan.msPerkahwinanPerkahwinan Tanpa KebenaanUndang-undang Keluarga IslamSyariahStatistik Perkahwinan Tanpa Kebenaran Kelantan 2019-2023: Satu AnalisisUnauthorized Marriage Statistics 2019-2023: An Analysistext::journal::journal article::research article160168336