Rahim, N. N.N. N.RahimAbd Khafidz, H.H.Abd KhafidzAini, Z.Z.Aini2024-05-292024-05-2920192232-1047http://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/280https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13559Pembelajaran atas talian merupakan medium penting dalam era globalisasi yang terkesan daripada revolusi industri 4.0. Ia merupakan medium bagi menyebarkan dan mengembangkan sesuatu maklumat khususnya berkaitan pembelajaran zakat. Pembelajaran mengenai zakat secara atas talian boleh dicapai melalui medium seperti Youtube, laman sesawang, media sosial dan aplikasi. Kaedah pembelajaran berbantukan teknologi ini mempunyai keunikan tersendiri dari segi penyampaian kandungan mengenai zakat kepada pengguna. Walaubagaimanapun pembelajaran zakat secara atas talian umumnya merupakan satu bentuk pembelajaran mikro dan ilmu asas sahaja yang menyebabkan pengguna tidak dapat menguasai topik-topik secara menyeluruh. Oleh itu, kajian dilakukan untuk mengkaji kandungan pembelajaran zakat secara atas talian. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan secara tematik. Hasil kajian mendapati terdapat kekurangan kandungan pembelajaran zakat secara atas talian berbanding kandungan yang dibahaskan oleh fuqaha dalam sumber tekstual. Sehubungan dengan itu, implikasi daripada kajian ini ialah ahli akademik perlu membangunkan satu medium pembelajaran atas talian yang lebih lengkap dan menyeluruh.ZakatPembelajaran Atas Talian (Online)Revolusi Industri 4.0E-LearningPembelajaran Zakat Secara Atas TalianArticle185201172