Nur Fatinni binti Mohamad KamalAmin Al Haadi ShafieKhatijah binti OthmanAhmad Najaa' MokhtarSuzaily binti Wahab2025-05-142025-05-142024Nur Fatinni binti Mohamad Kamai, Amin Al Haadi bin Shafie, Khatijah binti Othman, Ahmad Najaa bin Mokhtar & Suzaily binti Wahab. (2024). Strategi Pencegahan Penyalahgunaan Dadah: Pendekatan Kaedah Teknik Kumpulan Nominal. Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains 2024 (SAIS 2024), 239–251. https://pkausim.usim.edu.my/sais-2024/3083-8711https://pkausim.usim.edu.my/sais-2024/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26760Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2024 (SAIS 2024) Editor: Siti Rubaini Mat (K), Azman Ab Rahman, Rezki Perdani Sawai, Muhammad Nuruddin Sudin, Umi Hamidaton Soffian Lee ,Nur Ilyana Ismarau Tajuddin 26 September 2024 Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM),Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Institut Sains Islam (ISI) dan Institut Fatwa dan Halal (iFFAH), USIMPenyalahgunaan dadah merupakan masalah kesihatan awam yang serius serta memerlukan pendekatan multidisiplin untuk mengatasinya. Artikel ini membincangkan penggunaan kaedah teknik kumpulan nominal (Nominal Group Technique, NGT) sebagai pendekatan inovatif dalam mengenal pasti strategi untuk mencegah penyalahgunaan dadah. Teknik kumpulan nominal adalah satu kaedah penyelesaian masalah secara berkumpulan yang melibatkan sumbang saran dan pengutamaan idea secara sistematik di mana satu mesyuarat berstruktur diadakan di kalangan ahli kumpulan dan mereka dikehendaki mencari penyelesaian kepada masalah yang dikenal pasti. Kajian ini mengumpul pandangan daripada 10 orang peserta yang terdiri daripada pegawai psikologi, kaunselor, dan guru-guru pendidikan pencegahan dadah (PPDa). Teknik kumpulan nominal mempunyai lima langkah iaitu sesi penerangan, menjana idea, perkongsian idea, membincangkan idea dan mengundi idea. Melalui sesi teknik kumpulan nominal yang dijalankan, terdapat lima faktor utama telah dikenal pasti yang menyumbang kepada strategi pencegahan penyalahgunaan dadah iaitu elemen kesedaran, elemen kerohanian, elemen lokus kawalan kendiri, elemen ketegasan diri dan elemen institusi keagamaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa teknik kumpulan nominal adalah pendekatan yang berkesan untuk mengumpulkan maklumat dan membina konsensus dalam kalangan peserta bagi menangani isu penyalahgunaan dadah. Artikel ini mengesyorkan penerapan lebih meluas kaedah teknik kumpulan nominal dalam merumuskan polisi dan strategi pencegahan dadah yang lebih berkesan dan berasaskan bukti. Dengan pendekatan ini, diharapkan dapat mengurangkan kadar penyalahgunaan dadah dan meningkatkan kesejahteraan komuniti.msPenyalahgunaan DadahTeknik Kumpulan NominalStrategi BerkesanKesihatan Awam.Strategi Pencegahan Penyalahgunaan Dadah: Pendekatan Kaedah Teknik Kumpulan Nominaltext::conference output::conference proceedings::conference paper239251