Mushaddad HasbullahSofia Hayati YusoffMohamad Zaharuddin Zakaria2024-05-292024-05-2920192232-1047http://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/255https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13906Harta wakaf perlu dipelihara demi memastikan manfaatnya berkekalan. Namun begitu, tidak semua harta yang diwakafkan boleh kekal selamanya. Sesetengah harta seperti kenderaan dan barangan elektrik mempunyai jangka hayat tertentu. Ia akan mengalami kerosakan dan kemusnahan. Sesetengahnya tidak produktif. Justeru, demi memastikan kelestarian harta wakaf, para fuqaha berpandangan harta yang telah rosak atau musnah perlu ditukar dengan harta yang seumpamanya untuk mengekalkan manfaat harta wakaf. Proses tersebut dinamakan Istibdal. Ia adalah penyelesaian terakhir kepada pewakaf demi memastikan manfaat harta wakaf terus dinikmati oleh penerima manfaat. Persoalannya, adakah harta tersebut boleh diistibdal semata-mata untuk tujuan mengembangkan lagi kekayaan harta wakaf? Kertas ini akan melihat sejauh mana proses istibdal boleh dilakukan terhadap harta wakaf. Pandangan-pandangan fuqaha akan dianalisa untuk mencapai resolusi terbaik demi kelestarian harta wakaf. Natijahnya, istibdal pada harta wakaf boleh dilakukan dengan pelbagai cara demi menjaga dan menjamin kemaslahatan harta wakaf.otherWakafistibdalmawqufIstibdal Harta Wakaf: Kajian Ringkas Terhadap Peranan dalam Mengembangkan Produk WakafArticle160171162