Muhammad Afiq KamaruzamanNik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani2025-02-132025-02-132024Muhammad Afiq Kamaruzaman, & Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani. (2024). Konsep Al-Iftā’ Bi Al- Marjūḥ dalam Konteks Malaysia. Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (ISUFI) 2024, 42–47. https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/view9786297748252https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26290E-Prosiding Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (iSUFI) 2024 18 Disember 2024 Anjuran: Fakulti Syariah dan Undang-Undang Penyunting: Irwan bin Mohd Subri, Azman bin Ab Rahman, Ahmad Syukran bin Baharuddin, Hussein 'Azeemi Abdullah bin ThaidiAl-Iftā’Bi al-Marjūḥ merujuk kepada situasi apabila seseorang mufti beralih daripada memfatwakan pendapat yang rājiḥ kepada pendapat yang marjūḥ demi mencapai kemaslahatan tertentu. Mutakhir ini, terdapat beberapa fatwa yang berasaskan pendapat marjūḥ dapat disaksikan, terutamanya di Malaysia, dalam pelbagai bidang fiqh. Namun begitu, konsep al-Iftā’ Bi al-Marjūḥ dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang bermazhab masih kurang mendapat perhatian dalam kalangan pengkaji. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep al-Iftā’ Bi al-Marjūḥ dalam konteks Malaysia yang memperuntukkan Mazhab Syafi‘i sebagai mazhab utama. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan dengan merujuk sumber primer dan skunder. Pengkaji meneliti pendapat-pendapat fuqahā’ silam dan kontemporari serta fatwa-fatwa di Malaysia demi mendapatkan gambaran yang jelas mengenai konsep kajian. Hasil kajian mendapati bahawa konsep al-Iftā’ Bi al-Marjūḥ telah diterapkan dalam amalan pemfatwaan di Malaysia merangkumi pelbagai bidang fiqh, seperti ibadat, muamalat, dan munakahat. Dalam konteks Malaysia, al-rājiḥ merujuk kepada pendapat Mazhab Syafi’i yang dimuktamadkan, sementara al-marjūḥ merangkumi pendapatpendapat lain yang tidak dimuktamadkan. Kajian ini mencadangkan agar suatu parameter yang jelas dan kukuh terhadap amalan al-Iftā’ Bi al-Marjūḥ dibina, agar praktikalnya terpandu selari dengan manhaj pemfatwaan yang sahih dan maqasid al-Syariah.msAl-Iftā’ Bi al-MarjūḥfatwaMalaysia.Konsep Al-Iftā’ Bi Al- Marjūḥ dalam Konteks Malaysiatext::conference output::conference proceedings::conference paper