Syahrul Faizaz AbdullahSaudah AhmadAfifah Abu YazidSyahrina AbdullahArmanurah MohamadNoor Asma Jamaluddin2024-05-312024-05-312022e-ISBN : 9789670001746https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18290E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman 19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM) Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta IndonesiaPusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA) yang berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Kedah berperanan sebagai pusat bimbingan mualaf di peringkat lokal dan global. PUSBA telah menyediakan kelas bimbingan tentang asas fardhu ain sebagai usaha untuk memastikan mualaf dapat mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dan terus kekal dalam Islam. Mualaf yang terdiri dari pelbagai latar belakang bahasa, budaya, agama asal dan negara telah menjadi cabaran kepada PUSBA untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan menganalisis cabaran yang dihadapi oleh PUSBA dari segi pengajaran dan pembelajaran dalam melaksanakan program bimbingan mereka. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan teknik pengumpulan data menggunakan temu bual bersemuka dan data dianalisis secara diskriptif. Hasil analisis mendapati antara cabaran yang dihadapi oleh PUSBA dalam pengajaran dan pembelajaran merangkumi aspek tidak mempunyai modul pengajaran khusus, tahap pendidikan, bahasa ibunda, tidak dapat mengingati istilah-istilah dalam pengajaran dan malu serta tidak berkeyakinan. Kertas kerja ini mencadangkan isu-isu ini mesti ditangani secara berkesan bagi memastikan program bimbingan yang dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar.otherCabaran, Pengajaran dan Pembelajaran, PUSBA, Fardhu AinCabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam ShahArticle345355