Ahmad Al Ghazali bin Mat RahimMuhammad Aiman bin Che HussainMuhammad Adli bin JamaludinSukhairu bin Sulaiman2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17702E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandKapal merupakan kenderaan yang digunakan sejak sekian lama. Ia merupakan lambang ketinggian peradaban dan teknologi sesuatu bangsa atau kaum. Dalam peradaban manusia, kapal digunakan seawal zaman nabi Nuh as. Kapal juga dilihat menjadi pengangkutan awal dikalangan masyarakat di alam Melayu yang terkenal dengan kepakaran pembuatan kapal dan ilmu pelayaran. Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka dan menganalisis perspektif Al-Quran tentang konsep kapal dan kepentingan falsafahnya. Penyelidikan ini menganalisis rujukan Al-Quran mengenai kapal, maksud simboliknya dan prinsip asas yang bertujuan untuk menjelaskan kepentingannya yang lebih luas dalam konteks Al-Quran dengan meneliti ayat-ayat dan mentafsir maknanya. Kajian ini berusaha untuk memberikan pemahaman yang menyeluruh tentang simbolik dan implikasi falsafah yang dikaitkan dengan kapal dalam Al-Quran, memberi penerangan tentang kaitan dan implikasinya terhadap pemikiran kontemporari dan pemahaman manusia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah perbandingan dan kaedah analisa kandungan dengan berpandukan Al-Quran sebagai teks utama. Kajian ini memaparkan jenis-jenis kapal dan fungsi dalam Al-Quran. Ia berguna untuk mereka yang mengkaji lebih dalam lagi berhubung perkapalan. Hasil penelitian menunjukkan istilah-istilah yang digunakan di dalam Al-Quran merujuk kepada kapal dan perbezaan kepenggunaan istilah tersebut bergantung kepada keadaan bentuk muka bumi, jenis dan tujuan. Manakala fungsi kapal dalam Al-Quran lebih ke arah seruan untuk berfikir kekuasaan Allah dan bersyukur dengan nikmat yang diberi.otherModel, falsafah, kapal, Al Quran.Definisi Kapal Dan Falsafahnya Menurut Nas Al-QuranArticle481488