Azman, A.RA.RAzmanIrwan, M.SM.SIrwanNuradli Ridzwan Shah, M.DM.DNuradli Ridzwan ShahMahazan, A.MA.MMahazanWan Mohd. Fazrul Azdi, W.RW.RWan Mohd. Fazrul AzdiRose Irnawaty, IbrahimIbrahimRose IrnawatyNorlina Ismail2024-05-292024-05-2920152232-104710.33102/jfatwa.vol6no1.80http://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/80https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13581Journal of Fatwa Management and Research, 6(1), 167-191.Pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru di Malaysia dilihat semakin meningkat saban tahun. Perkembangan positif ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya terutamanya dari sudut kebajikan, sokongan sosial dan peningkatan kefahaman mereka terhadap agama Islam agar mereka tidak kembali kepada agama asal mereka. Institusi zakat merupakan salah satu institusi yang bertanggungjawab dalam pengurusan bantuan berbentuk kewangan dan skim bantuan lain kepada golongan yang baru memeluk Islam atau mualaf. Pemberian skim bantuan zakat kepada asnaf mualaf merupakan salah satu jaminan sosial untuk memberi galakan dan sokongan kepada mereka untuk terus berpegang teguh dengan agama Islam. Objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti skim-skim bantuan yang disediakan oleh setiap negeri di Malaysia. Artikel ini turut menganalisis jenis skim bantuan yang disediakan oleh setiap negeri di Malaysia dengan mengemukakan cadangan skim bantuan tambahan yang wajar dilaksanakan oleh negeri-negeri tertentu. Hasil kajian mencadangkan beberapa penambahbaikan terhadap skim bantuan zakat kepada asnaf mualaf supaya dapat dipertimbang oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri di Malaysia untuk dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan hidup asnaf mualaf. Diharapkan artikel ini dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan zakat khususnya Majlis Agama Islam di setiap negeri di Malaysia dalam mentadbir dan menguruskan sistem pengurusan zakat secara sistematik dan efisen.��otherAsnaf MualafSkim Bantuan ZakatAgihan Zakat di MalaysiaAnalisis Bantuan Zakat dan Sistem Pengurusan Zakat.Skim Bantuan Zakat Asnaf Mualaf: Satu Analisis Kontemporari di MalaysiaArticle16719161