Wan Abdul Fattah Wan IsmailSyahirah Abdul ShukorLukman Abdul MutalibAhmad Syukran BaharuddinZulfaqar MamatNik Salida Suhaila Nik Saleh2024-05-312024-05-312020-10-27e-ISSN: 2735 - 1742https://insla.usim.edu.my/index.php/eproceeding/issue/view/2https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18185International Seminar on Syariah and Law (INSLA 2020) E-Proceedings “Hala Tuju Syariah Dan Undang - Undang Mendepani Pandemik Covid - 19” Organized by : Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia 27-28 October 2020Isu peningkatan anak tak sah taraf suatu perkara yang amat membimbangkan dan tidak boleh di pandang remeh. Peratusan peningkatan anak tak sah taraf ini bukan hanya berlaku di kalangan orang bukan Islam, bahkan ia juga berlaku di kalangan orang-orang Islam. Kesan anak tak sah taraf sangatlah besar kerana ia bukan setakat melibatkan hak perwalian yang menentukan sah atau tidak sesuatu perkahwinan bahkan ia berkaitan dengan hak pewarisan. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan dari segi konsep anak tak sah taraf antara perundangan Islam dan peruntukan sepertimana yang diguna pakai oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Perbezaan ini memberi kesan yang amat signifikan sama ada dari segi hukum dan juga tanggapan masyarakat terhadap istilah anak tak sah taraf itu sendiri. Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada konsep anak tak sah taraf menurut perundangan Islam dan juga menurut peruntukan undang-undang yang diguna pakai oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Maklumat yang diperoleh dalam kertas kerja ini hasil kajian perpustakaan dan temu bual pakar agama, pakar perundangan, JPN dan juga pemilik pusat-pusat jagaan wanita-wanita yang terlanjur. Selain itu kertas kerja ini juga akan membincangkan faktor dan penyelesaian terhadap isu anak tak sah taraf di kalangan orang Islam di Malaysia. Diharapkan dengan memahami faktor atau penyebab peningkatan anak tak sah taraf di kalangan orang Islam, akan terbit satu solusi yang tuntas bagi menyelesaikan permasalahan anak tak sah taraf yang membarah dalam kalangan orang Islam khususnya di Malaysia.en-USpewarisan, taraf, zina, perkahwinan, nasab dan perwalian.Faktor Dan Penyelesaian Isu Anak Tak Sah Taraf Dalam Kalangan Masyarakat Islam Di MalaysiaFactors And Solution For Illegitimate Child Issue Among Muslims In MalaysiaArticle13614631