Rushda Amirah IshakWan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali2024-05-312024-05-312020-10-15eISBN : 9789674408367https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/184493 rd INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAM AND SCIENCE 2020 (SAIS 2020) COVID-19: IMPLICATION, IMPACT AND SOLUTION Date: 15 October 2020 Organized by: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) In Collaboration with: International Halal and Fatwa Centre (iFFAH) & Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)Ibn Khaldun merupakan sejarawan dan ahli sosiologi Islam yang telah mendapat pengiktirafan dunia Islam dan Barat. Menerusi kitab Muqaddimah, beliau membentangkan sejarah bangsa Arab, Ajam dan Barbar, termasuk penelitian mengenai beberapa firāq Islam seperti Muktazilah, Al-Ashʿariyyah dan Syiah. Ibn Khaldun mengkhususkan sebuah subtopik bertajuk Mazhab Syiah mengenai Imamah di bawah bab atau fasal yang ketiga dalam Muqaddimah untuk menjelaskan mengenai Syiah. Makalah ini membentangkan beberapa pandangan Ibn Khaldun mengenai Syiah seperti yang terkandung dalam Muqaddimah. Melalui kaedah kajian kualitatif iaitu kajian kandungan secara semantik ke atas kitab Muqaddimah Ibn Khaldun (1984) mengenai Syiah, terdapat empat tema utama mengenai Syiah yang dapat dibincangkan dalam makalah ini. Empat tema utama mengenai Syiah ini adalah seperti berikut: pertama, definisi Syiah. Kedua, kategori teks (Nusus) dalam Syiah. Ketiga, Imamah. Dan keempat, pecahan kumpulan dalam Syiah. Makalah ini menghuraikan dan menganalisis keempat-empat tema tadi dengan pandangan-pandangan daripada para ulama firāq Ahli Sunnah Waljamaah seperti al-Ashāʿirah, al-Shahrastanī dan Muḥammad Abū Zahrah. Terdapat beberapa kritikan yang telah diberikan oleh Ibn Khaldun kepada pandangan-pandangan Syiah mengenai isu kepemimpinan yang wajar diambil iktibar dan teladan kepada para peneliti moden mengenai kajian firāq Islamiyyah.otherIbn Khaldun, Muqaddimah, firāq, Syiah, Imamah.Tema-Tema Mazhab Syiah Mengenai Imamah Dalam Muqaddimah Ibn Khaldun: Satu Perbahasan Ringkastext::conference output::conference proceedings::conference paper506517