Raja Muhammad Imran Raja Abdul AzizEzad Azraai JamsariAdibah SulaimanNoorsafuan Che Noh2024-12-292024-12-2920242024-12-28Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz, Ezad Azraai Jamsari, Adibah Sulaiman & Noorsafuan Che Noh Penglibatan Ketenteraan Saljuq Era Alp Arslan (1063-1072) Dalam Perang Manzikert (1071). (2024). Jurnal ‘Ulwan, 9(2), 115–134.2600-7843https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/25794Jurnal ‘Ulwan, Volume 9 Issue 2 Page (115–134)Bertitik tolak daripada kenyataan Schloemer yang menegaskan bahawa Perang Manzikert pada tahun 1071 merupakan peperangan hebat di antara tentera Islam di bawah pimpinan Alp Arslan bertempur dengan tentera Byzantine di bawah pimpinan Maharaja Romanus IV. Kelicikan Alp Arslan memanipulasi strategi pihak lawan menyebabkan tentera Byzantine yang mempunyai ramai tentera dan peralatan mencukupi tewas kepada tentera Islam. Justeru, strategi dan kelicikan Alp Arslan serta tentera Islam menjadi kunci utama kepada kemenangan Kerajaan Saljuq. Berdasarkan kenyataan tersebut, penulisan ini bertujuan untuk mengamati latar belakang Kerajaan Saljuq pada abad ke-11M, mengkaji sejarah politik dan ketenteraan Saljuq era Alp Arslan sebagai pemerintah Kerajaan Saljuq yang masyhur serta menganalisis penglibatan ketenteraan Saljuq pada zaman pemerintahan Alp Arslan khususnya dalam Perang Manzikert. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Bagi kaedah pengumpulan data, maklumat kajian ini dikumpul menggunakan analisis dokumen dengan penelitian terhadap sumber-sumber primer dan sekunder yang relevan. Manakala bagi kaedah penganalisisan data, kajian ini selanjutnya menggunakan pendekatan kritikan luaran dan dalaman bersesuaian dengan metode sejarah. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa Alp Arslan menyedari yang angkatan tentera Saljuq di bawah kepimpinannya tidak berupaya untuk mendepani kekuatan tentera Byzantine yang hampir mencecah nisbah 3:1. Oleh yang demikian, beliau memerintahkan agar angkatan tentera berkudanya untuk mengunakan taktik hit and run memandankang jumlah anggota tentera musuh yang begitu ramai namun pergerakan mereka adalah perlahan kerana faktor peralatan perang yang juga banyak.msKetenteraan SaljuqAlp ArslanPerang Manzikertketenteraan ByzantinePenglibatan Ketenteraan Saljuq Era Alp Arslan (1063-1072) Dalam Perang Manzikert (1071)The Military Involment Of The Seljuq Era Under Alp Arslan (1063-1072) In The Battle Of Manzikert (1071)text::journal::journal article::research article11513492