Mashitah SulaimanMohd Nazir AhmadSuhailiza Md HamdaniMarina Munira Abd Mutalib2024-05-302024-05-302020-11-04eISBN 978-9674408428https://drive.google.com/file/d/1UeDLxHuzOc8eJ8ZVEJUgI-63YO-gukhM/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17963E-Proceedings Of The International Conference On Aqidah, Religions And Social Sciences (SIGMA10) “ Towards Peaceful Co-Existence And Excellence Of Ummah : An Implication Of Rahmatan Lil’Alamin” Organized by: Akidah and Religion Studies Programme, Faculty of Leadership and Management 4th November 2020. Editors: Mohd Radhi Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Rosidayu Sabran, Nik Suhaida Nik Abdul Majid, Najib Sheikh Abdisamad, Mohd Hamidi Ismail, Yuseri AhmadGolongan profesional dan korporat merupakan golongan yang menjadi penggerak pembangunan negara. Imej golongan ini digambarkan sebagai kelompok individu yang bermotivasi tinggi, mempunyai pemikiran yang kritis, kreatif dan berinovatif dalam mengemudi kejayaan dalam profesion yang diceburi. Kertas kerja ini mengupas pemikiran al-falah berteraskan Islam dalam kalangan golongan profesional dan korporat Melayu di Malaysia. Kajian ini turut menganalisis bagaimana manifestasi pemikiran al-falah djelmakan dalam bentuk tindakan yang menyumbang kepada kejayaan dalam hidup. Pendekatan kualitatif secara exploratori digunakan bagi kajian sosio-agama pelbagai disiplin ini. Dokumentasi pengalaman hidup 14 informan dari kategori profesional dan korporat dilakukan melalui kaedah sejarah lisan. Persampelan bertujuan secara berkriteria digunakan dalam kajian ini. Temuramah semi-struktur secara mendalam dirakamkan, ditranskripsi dan dianalisis secara analisis deskriptif dan tematik. Hasil penggalian analisis data daripada transkripsi temuramah bersama informan, sebanyak 11 tema terbitan dihasilkan dalam memaknai inti pati al-falah dalam kalangan tokoh profesional dan korporat Melayu di Malaysia. Kajian ini mengutarakan Model Pemikiran al-Falah golongan profesional dan korporat Melayu Malaysia yang menggambarkan impak difusi pemikiran Islam yang menjadi teras dan pasak kepada akal budi masyarakat Melayu kontemporari. Model Kecemerlangan alFalah atau “the Excellent Model of al-Falah” dalam pemikiran golongan ini boleh memberi inspirasi dan motivasi tinggi dalam pembangunan mapan dan kesejahteraan manusia berasaskan pendekatan kecemerlangan keagamaan dan kerohanian Islam dalam pelbagai peringkat dan struktur masyarakat Islam.otherPemikiran, model, al-falah, akal budi, profesional, korporat MelayuMemaknai Inti Pati Al-Falah Dalam Akal Budi Tokoh Profesional Dan Korporat Melayu Di MalaysiaInterpreting The Essense of Al-Falah In The Mind of Malay Professional And Corporate Figures In MalaysiaArticle144168