Nurin Safwani binti Abdul RahimAlifah Maisarah binti Abdul HalimMohd Zamrus bin Mohd Ali2024-05-312024-05-312022-12e-ISBN: 9789670001807https://pkausim.usim.edu.my/wp-content/uploads/2022/12/Prosiding-EA_2022.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18705E-Proceeding (Extended Abstract) SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022 : “Memimpin Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli”/ Editor: Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali , Irwan Mohd Subri , Siti Rubaini Mat. 1 December 2022 I Venue: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM Organized by Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM), Faculty of Syariah and Law, USIM and the Institute of Fatwa and Halal (iFFAH)Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan pada tahun 2019 bahawa 2.3 peratus dalam kalangan orang dewasa mengalami masalah mental manakala 9.5 peratus dalam kalangan kategori kanak-kanak berusia 10 hingga 15 tahun menghadapi masalah kesihatan mental yang membimbangkan. Pelbagai metod dan pendekatan diketengahkan antara yang popular ialah sesi kaunseling. Berdasarkan metod kajian pembacaan dan temubual yang dilaksanakan, kajian akan memberi fokus kepada keperluan mendesak yang wajar disegerakan oleh pihak sekolah dengan arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini mencadangkan mewujudkan ruang terapi dengan bantuan alatan teknologi sebagai alternatif kepada kaedah kaunseling yang sering dipandang serong oleh sebahagian murid sekolah. Ruang terapi ini mencadangkan penampilan tempat rehat yang futuristik serta disediakan alat bantuan pandang dengar 3D iaitu virtual reality (VR). Kajian juga mencadangkan agar penggunaan ruangan atau bilik khas ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang mengalami masalah yang berkaitan mental dan emosi di sekolah-sekolah untuk mengurangkan tekanan yang dialami. Dapatan utama menjangkakan dengan adanya ruang ini akan membantu mengurangkan risiko remaja sekolah yang bermasalah emosi serta mampu menarik minat mereka untuk hadir ke sekolah. Kesimpulan yang diperolehi menunjukkan bahawa ruang terapi dengan penampilan yang santai, menarik serta penggunaan teknologi visual dan audio mampu meminimumkan tekanan emosi serta masalah kesihatan mental yang lain.otherruang terapi, masalah emosi, remaja sekolah, kesihatan mentalKeperluan Ruang Terapi Minda Di Sekolah-Sekolah Sebagai Alternatif Sesi KaunselingArticle167174