Shumsudin YabiSyulhanif KadriZulhilmi Mohd NorMohd Fauzi Mohd Amin2024-05-292024-05-2920171823-4356http://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/100https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14910Hadith merupakan sumber kedua dalam syariat Islam. Mempelajari ilmu Hadith penting kerana ia merupakan ilmu yang berperanan bagi memelihara kesucian hadith yang diaplikasikan dalam kehidupan. Justeru itu, artikel ini bertujuan mengkaji pendekatan pen-gajaran yang boleh diaplikasikan bagi kursus Ulum Hadith yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam (UA) di Malaysia dan mengenalpasti ruang dan peluang untuk mem-beri nafas baru terhadap pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan artikel yang berkaitan dengan pendidikan, Pengajian Islam, serta pendekatan dalam pengajaran. Hasil tinjauan mendapati antara pendekatan penting dalam pengajaran kursus Ulum Hadith di institusi pengajian tinggi awam adalah pensyarah hendaklah berperanan sebagai muallim, menghasilkan pembelajaran yang bermakna dengan pengajaran berpusatkan pelajar, menggunakan pendekatan eklektik iaitu dengan menggabungkan semua atau sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baru, menggunakan jadual dan gambarajah di dalam pembelajaran, menguasai antara empat kemahiran pedagogi Rasulullah SAW, dan melaksanakan pembelajaran aktif. Kajian diharapkan dapat membantu penambahbaikan sistem pengajaran kursus Ulum Hadith di institusi pengajian tinggi awam Malaysia.Ulum Hadithpendekatan pengajaranIPTApengajian IslamPengajaran Kursus Ulum Hadith di Institusi Pengajian Tinggi Awam: Tinjauan Literasi Terhadap Pendekatan Pengajaran Masa KiniArticle971291314