Mohamad Syawaluddin bin Mohd ZulkifliMuhamad Atiqullah bin Muhamad NadzirinAhmad Arif Aiman bin OsmanSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17676E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandKajian ini menggambarkan dengan terperinci sumbangan Syeikh Idris al-Marbawi terhadap pemahaman dan penghayatan Quran dan Sunnah dalam konteks Islam. Latar belakang kajian merujuk kepada kompleksitas penghayatan agama Islam di kalangan umat Islam Malaysia,yang semakin berkembang, sejalan dengan tuntutan zaman dan kemajuan teknologi. Permasalahan kajian menekankan perlunya mengkaji peranan Syeikh Idris al-Marbawi sebagai seorang ulama terkemuka dalam membentuk pandangan masyarakat terhadap Quran dan Sunnah dalam konteks kontemporari. Objektif kajian adalah untuk mengkaji secara mendalam pemikiran dan tulisan-tulisan Syeikh Idris al-Marbawi serta mengenal pasti impaknya terhadap pemahaman agama Islam di Malaysia. Metodologi kajian melibatkan analisis tekstual, kajian kepustakaan, dan temu bual dengan pakar-pakar agama yang terlibat dalam penyebaran pemikiran Syeikh Idris al-Marbawi. Dapatan yang dijangka merangkumi pemahaman mendalam tentang pandangan Syeikh Idris al-Marbawi tentang Quran dan Sunnah, serta pengaruhnya terhadap masyarakat Islam Malaysia. Kesimpulan kajian ini mendalami kepentingan warisan pemikiran ulama dalam membentuk pemahaman Islam yang relevan dengan zaman, dan menggariskan keperluan untuk meneruskan penyelidikan dalam bidang ini bagi memastikan kesinambungan dalam penghayatan agama di Malaysia.otherSyeikh Idris Al Marbawi, Pemahaman Al Quran, HadisSumbangan Syeikh Idris Al Marbawi Terhadap Pengajian Quran dan Sunnah di MalaysiaArticle780792