Amran Bin Abdul HalimAbdulloh SalaehAmiruddin Mohd SobaliWalid Mohd SaidNidzamuddin ZakariaAhmad Kamel MohamedMesbahul HoqueSyed Ahmad Tarmizi Syed OmarMohd Azhar bin AbdullahMuhammad Abrar Bin Mohamed Razelan2024-05-302024-05-302023Ramlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.eISSN: 2811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17040PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol 4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah StudiesSelain daripada kitab-kitab tafsir yang muktabar seperti tafsir al-Tabari, Ibn Kathir, Tafsir fi Zilal al-Quran dan lain-lain, terdapat juga tafsir yang ditulis oleh para sarjana dan ilmuan di alam Melayu, antaranya ialah Tafsir Marbawi dan Tafsir surah Yasin Uthman bin Syahabudin. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti metodologi penulisan kitab tersebut dengan cara meneliti bentuk atau kaedah penulisannya. Hasilnya ialah penulis mendapati penyusunan tafsir al-Quran al-Marbawi ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pendahuluan dan bahagian tafsiran ayat. Bahagian ini dimulai dengan lafaz " يهنملسرحا مب " pada bahagian atas muka surat diikuti kata-kata aluan sebagai pendahuluan pada perenggan pertama. Pada halaman berikutnya pula dinyatakan kaedah memakai tafsir tersebut sebagai panduan pembaca dan menyatakan bahan-bahan rujukan yang digunakan semasa mentafsir ayat-ayat al-Quran. Bagi memudahkan para pembaca tafsir ini, beliau turut membuat senarai kandungan di bawah tajuk “Fihrasat ayat” yang merangkumi kandungan halaman surah al-Fatihah dan surah al-Baqarah. Isi kandungan perbincangan bagi setiap halaman tafsiran ayat turut dinyatakan di bawah tajuk “ Kandungan di dalam juzuk alif lam mim”. Manakala Tafsir Surah Yasin Uthman Syahabudin pula merupakan terjemahan dan tafsir surah Yasin yang dipetik daripada Tafsir Jamal dan Tafsir Jalalain, Kaedah ini turut memudahkan para pembaca yang ingin mencari perbahasan terhadap ayat-ayat tertentu berdasarkan senarai kandungan ayat tersebut.otherKajian Metod Penulisan Kitab Antara Tafsir Marbawi dengan Tafsir Surah Yasin Uthman Bin SyahabudinArticle682691