Tracy Joann StanleeSuyansah Swanto2024-05-302024-05-302021eISBN: 9789674408855https://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18163Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam MalaysiaPengenalan - Peningkatan persaingan persekitaran global memerlukan sistem pendidikan di Malaysia melalui transformasi dari semua aspek, termasuk penggunaan teknologi dalam pendidikan. Transformasi dalam pendidikan ke arah abad ke-21 tidak hanya diperlukan di sekolah rendah dan menengah, tetapi juga ke institusi pengajian tinggi. Transformasi dalam pendidikan meninggalkan kesan besar pada kebanyakan bidang pendidikan; termasuk dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (ESL) yang sedang mengalami proses transformasi juga. Objektif - Kajian literatur ini merangkumi kelebihan menggunakan teknologi di bilik darjah ESL, cabaran semasa yang dihadapi Pendidik ESL ketika mengajar ESL di institusi pengajian tinggi Sabah dan peranan Pendidik Bahasa Inggeris dalam menggunakan pendekatan teknologi dalam pengajaran. Methodologi – Kajian literatur ini akan dilakukan dengan cara menganalisis data sekunder iaitu mengkaji kajian – kajian literatur yang dibuat oleh pengkaji lalu. Dapatan - Dapatan kajian literatur ini mendapati bahawa terdapat kesan baik dalam menggunakan teknologi di bilik darjah ESL, namun terdapat beberapa cabaran yang pendidik ESL hadapi ketika mengajar ESL di institusi pengajian tinggi Sabah. Kepentingan - Para pendidik tersebut akan berfungsi sebagai fasilitator dan pemberi panduan kepada pelajar dalam menghadapi pembelajaran abad ke – 21 dalam era Revolusi Industri 4.0.otherESL, Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, Revolusi Industri 4.0, Skill Abad Ke- 21, TeknologiPendidikan Abad Ke 21 Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (ESL) Di Institusi Pengajian Tinggi di Sabah, MalaysiaArticle122128