Ros Aiza Mohd MokhtarAnita IsmailAbd Hakim Mohad @ Mohamad Ramli2025-10-092025-10-092025Ros Aiza Mohd Mokhtar,Anita Ismail & Abd Hakim Mohad (2025). Ad Hominem: Senjata Retorik yang Mengelirukan. Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains 2025 (SAIS 2025), 480–492. https://drive.google.com/drive/folders/1HmWgcN7Ad-Evwy1WrtuPs-bOZdGzQyKg?usp=drive_link3083-8711https://drive.google.com/drive/folders/1HmWgcN7Ad-Evwy1WrtuPs-bOZdGzQyKg?usp=drive_linkhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/27760Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2025 (SAIS 2025) / “Merentas Generasi: Naqli dan Aqli Pemangkin Transformasi Ummah”. Editor: Latifah Abdul Latiff, Junaidah Abu Seman, Rezki Perdani Sawai, Setiyawan Gunardi,Azman Ab Rahman 9 September 2024 Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM),Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Institut Fatwa dan Halal (iFFAH), USIMDalam era digital dan perkembangan pesat media sosial masa kini, masyarakat sering terdedah kepada pelbagai bentuk maklumat, pandangan, dan hujah yang tersebar dengan pantas. Namun, tidak semua hujah yang dikemukakan adalah berasaskan logik yang kukuh. Kesilapan dalam cara berfikir atau penaakulan ini dikenali sebagai falasi. Falasi, yang berasal dari perkataan Latin ‘fallo’ atau Yunani ‘fallacia’ bermaksud ‘saya menipu’ atau ‘sesat berfikir’, merujuk kepada hujah yang kelihatan meyakinkan tetapi sebenarnya cacat dari segi logik. Salah satu jenis falasi yang lazim dan berbahaya dalam wacana awam, terutamanya di media sosial, ialah falasi ad hominem. Justeru itu, kertas kerja ini akan menghuraikan definisi falasi ad hominem, jenis-jenisnya, contoh-contoh dalam konteks masyarakat Malaysia, serta kesan-kesannya terhadap perpaduan, di samping mencadangkan cara mengatasinya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif iaitu kajian kepustakaan. Data pula dianalisis secara deskriptif interpretif. Kajian mendapati falasi ad hominem berlaku dalam masyarakat dan perlu dikenalpasti bagi mengurangkan perselisihan faham dalam masyarakat.msad hominemfalasilogikfalsafahpemikiran kritis.Ad Hominem: Senjata Retorik yang Mengelirukantext::conference output::conference proceedings::conference paper480492