Nur Aqilah Bt Ahamad SabriNur Umairah Bt Abdul RasidSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17556E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Dalam sejarah islam, hadis palsu diistilahkan sebagai hadis maudhu'. Dalam istilah lain pula adalah muzayyaf. Imam Syuhudi (1955) mendefinisikan hadis palsu sebagai pernyataan yang sesungguhnya bukanlah hadis Nabi SAW. Dalam usaha untuk menjaga hadis Rasulullah ini telah dilakukan oleh para ulama sepanjang zaman sehingga kini. Namun persoalan kajian ini menjadi tanda tanya bagaimanakah kecaknaan terhadap penyebaran ini dipupuk dikalangan para pelajar khususnya pelajar di USIM dan kesannya terhadap pelajar di fakulti ini sama ada positif mahupun negatif. Dan adakah situasi ini akan menyumbang kepada cacatnya ilmu dan ketelusan dalam mendalami hadis Rasulullah SAW? Oleh itu dalam kajian ini bertujuan untuk mengetahui cara wujudnya kecaknaan pelajar tentang hadis palsu ini sejajar dengan kefahaman dalam hadis palsu. Seterusnya, metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah campuran kualitatif dan kuantitatif iaitu melalui temu bual dan kajian soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan meskipun penyebaran hadis palsu dilihat masih terkawal dalam kalangan pelajar, namun ia tetap berpotensi mengelirukan para pelajar dan mencalarkan kesucian hadis. Implikasinya pelajar tidak mengambil cakna berkaitan status sesuatu hadis sehingga amalan-amalan yang tiada sandaran daripada Rasulullah SAW semakin berleluasa sedangkan Islam amat menitikberatkan penggunaan dalil-dalil yang sahih agar pendengar mendapat penyampaian yang benar. Untuk itu pengkaji mencadangkan supaya pelajar Fakukti Pengajian Quran Sunnah lebih cakna dalam memahami sesuatu hadis yang diamalkan, kerana ditakutkan ianya merupakan hadis palsu.otherPelajar,Kesan,Kecaknaan dan Hadis PalsuKecaknaan terhadap Penyebaran Hadis Palsu dan Kesannya dalam Kalangan Pelajar Universiti Sains Islam MalaysiaArticle331337