Mohamad Aniq Aiman AliasWan Abdul Fattah Wan IsmailAhmad Syukran BaharuddinHasnizam HashimTuan Muhammad Faris Hamzi Tuan Ibrahim2025-02-132025-02-132026Mohamad Aniq Aiman Alias, Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Ahmad Syukran Baharuddin, Hasnizam Hashim, & Tuan Muhammad Faris Hamzi Tuan Ibrahim. (2024). Fiqh Al-Waqi’ dalam Penerapan Forensik Digital: Memahami Konteks dan Realiti Semasa. Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (ISUFI) 2024, 105–111. https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/view9786297748252https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26281E-Prosiding Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (iSUFI) 2024 18 Disember 2024 Anjuran: Fakulti Syariah dan Undang-Undang Penyunting: Irwan bin Mohd Subri, Azman bin Ab Rahman, Ahmad Syukran bin Baharuddin, Hussein 'Azeemi Abdullah bin ThaidiFiqh Al-Waqi' merujuk kepada pemahaman hukum Islam yang mempertimbangkan realiti semasa dan konteks sosial, yang menjadi semakin penting dalam era digital. Perkembangan pesat teknologi komunikasi dan maklumat telah menimbulkan isu-isu baharu seperti kesahan bukti digital, privasi data, dan etika dalam pengumpulan maklumat digital, yang memerlukan penilaian hukum yang tepat dan relevan. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneroka bagaimana konsep Fiqh Al-Waqi' dapat diaplikasikan dalam penerapan forensik digital dalam konteks hukum Islam, dengan menilai bagaimana prinsip-prinsip syariah boleh diselaraskan dengan perkembangan teknologi digital untuk menghasilkan panduan hukum yang praktikal. Bagi mencapai objektif tersebut, penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis dokumen daripada data primer dan sekunder. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Fiqh Al-Waqi' memainkan peranan penting dalam penerimaan dan adaptasi teknologi forensik digital dalam hukum Islam. Para ulama menggunakan prinsip ini untuk menilai manfaat dan implikasi teknologi baharu berdasarkan maqasid syariah. Isu seperti kesahan bukti digital di mahkamah Syariah dan privasi data dapat ditangani melalui pemahaman mendalam terhadap realiti digital dan penyesuaian hukum yang sesuai. Penggunaan forensik digital yang selaras dengan prinsip syariah membolehkan pengumpulan dan analisis bukti digital dilakukan secara etika dan sah, memudahkan penyelesaian kes jenayah siber dan isu-isu kontemporari lain. Pendedahan dan kesedaran mengenai teknologi digital perlu diperkukuhkan dalam kalangan pengamal undangundang Syariah. Kajian lanjutan dan kerjasama antara pakar teknologi dan ulama adalah kritikal untuk membangunkan kerangka hukum yang komprehensif serta garis panduan etika dalam penggunaan forensik digital.msFiqh Al-Waqi’Forensik DigitalKes JenayahMahkamah SyariahFiqh Al-Waqi' dalam Penerapan Forensik Digital: Memahami Konteks dan Realiti Semasatext::conference output::conference proceedings::conference paper