Siti Nur Sarah Binti HamdaniAfiqah Binti Mohammad Sa’adNur Aida Adlina Binti IzaniSyed Najihuddin Bin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17625E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Peningkatan terhadap penggunaan aplikasi pada masa kini merupakan sebuah pencetus kepada perubahan struktur perkongsian ilmu kepada masyarakat. Hal ini kerana, wujudnya kelebihan pada aplikasi tersebut dalam memudahkan proses perkongsian maklumat itu berlaku. Salah satu daripada aplikasi tersebut adalah Twitter. Twitter dikenali sebagai sebuah aplikasi yang memaparkan pesanan teks pendek kepada pengguna dan dibawakan elemen mikroblog padanya. Kombinasi bagi kedua-dua perkara tersebut menjadi tarikan apabila Twitter mampu memberikan maklumat berkaitan isu terkini yang sedang berlaku malah tidak ketinggalan juga isu-isu yang berkaitan dengan agama secara pantas kepada pengguna. Namun, aplikasi ini sering disalahertikan hanya sebagai sebuah platform bagi mengakses gosip terkini atau perkara-perkara tular yang tidak berfaedah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis kebaikan aplikasi Twitter sebagai sebuah platform untuk berkongsi dan berdiskusi tentang maklumat terkini termasuklah isu-isu yang berkaitan dengan agama. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif iaitu melalui kajian kepustakaan dan analisis kepada bahan-bahan rujukan seperti kandungan maklumat yang dikongsikan di laman Twitter. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa aplikasi Twitter mampu menjadikan masyarakat cakna tentang isu-isu terkini dalam agama terutama kepada golongan muda. Di samping Twitter berkeupayaan menjadi platform perkongsian yang ringkas dan pantas buat masyarakat menambah pengetahuan tentang sesuatu isu. Hal ini kerana, wujudnya ruang bagi pengguna melakukan perbahasan berbentuk pendapat mahupun kritikan padanya. Kesimpulannya, kewujudan aplikasi Twitter telah memudahkan masyarakat untuk sentiasa mengemaskini perkara yang sedang dibincangkan malah berpeluang untuk mengetahui tentang pendekatan-pendekatan yang sesuai terhadap perkara tersebut sebagai sebuah pendedahan awal kepada mereka. Maka, melalui kajian ini diharapkan dapat memberi kesedaran dan pengetahuan tentang kebaikan Twitter sebagai sebuah aplikasi bagi berkongsi sesuatu isu dan membantu masyarakat untuk memahami isu tersebut melalui diskusi-diskusi ringkas selaras dengan tuntutan agamaotherPemanfaatan, Twitter, Perkongsian, Isu TerkiniPemanfaatan Aplikasi Twitter sebagai Medium Perkongsian Isu Terkini dalam AgamaArticle602621