Mohd Khairul Ni’mat Doll KawaidAhamad Asmadi SakatFadlan Mohd Othman,Fadlan Mohd OthmanA. Irwan Santeri Doll Kawaid2024-05-282024-05-28201918/2/20202541-3856962-10https://attahkimjournal.com/2019/03/26/polemik-tuduhan-al-hafiz-abu-abdu-al-rahman-al-sulami-al-sufi-sebagai-seorang-pemalsu-hadis/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/5657At-Tahkim, Vol. 9, No. 26.03. 2019 ISSN No. 2541-3856Abu ‘Abd al-Rahman al-Sulami (325-412H) merupakan seorang ulama Hadis dari Khurasan yang hidup di kurun ke-lima yang beraliran sufi. Beliau mengarang banyak karya dan antara karya beliau yang terkenal adalah Haqaiq al-Tafsir, al-Thabaqat al-Sufiah dan al-Sualat li al-Daraquti. Kitab beliau al-Sualat li al-Daraquti merupakan sumbangan terbesar beliau dalam bidang hadis. Namun, disebalik ketokohan beliau, terdapat dakwaan yang mengatakan beliau seorang pemalsu hadis. Antara yang mendakwa demikian ialah Muhammad bin Yusuf Al-Qattan (w422H) dan al-Munawi (w1040H). Lantaran timbul polimik ini di kalangan ulama, kajian ini cuba mengkaji pandangan-pandang ulama lain terhadap beliau untuk mengenalpasti punca dakwaan tersebut dan adakah benar dakwaan tersebut? Kajian berbentuk kualitatif yang bersifat analisis dokumen ini mengadaptasikan beberapa metode seperti metode analisis data, metode persejarahan dan lain-lain. Data pula dikumpul melalui kajian perpustakaan lalu mengaplikasikan metode analisis kandungan. Hasil penelitian terhadap pandangan ulama didapati bahawa dakwaan tersebut adalah meragukan. Ini kerana, al-Dhahabi dan Ibnu Hajar hanya memberikan komentar ‘laisa bi ‘umdah’ terhadap beliau, iaitu komentar yang tidak menunjukkan beliau seorang pemalsu hadis., Diharapkan kajian ini dapat merungkaikan polemik yang timbul serta dapat mengembalikan kedudukan kitab beliau sebagai antara kitab dalam ilmu rijal yang penting. Kata kunci: ‘Abd al-Rahman al-Sulami al-Sufi, polemik, pemalsu hadisen-US‘Abd al-Rahman al-Sulami al-Sufi,polemik,pemalsu hadisPolemik Tuduhan Al-hafiz Abu Abdu Al-rahman Al-sulami Al-sufi Sebagai Seorang Pemalsu HadisArticle1622926