Zurairatul Zakiah DSS Rajid2025-02-132025-02-132024Zurairatul Zakiah DSS Rajid. (2024). Pengaruh Elemen Asas dalam Pensabitan Kesalahan Jenayah Syariah dan Hukumannya: Tinjauan dari Sudut Usul Fiqh. Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (ISUFI) 2024, 13–20. https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/view9786297748252https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26294E-Prosiding Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (iSUFI) 2024 18 Disember 2024 Anjuran: Fakulti Syariah dan Undang-Undang Penyunting: Irwan bin Mohd Subri, Azman bin Ab Rahman, Ahmad Syukran bin Baharuddin, Hussein 'Azeemi Abdullah bin ThaidiPerintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 (PKHJS, 2013) merupakan sejumlah undang-undang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan jenayah syariah yang dikuatkuasakan bertujuan untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan agama, nyawa, keturunan, akal, dan harta melalui pelaksanaan hukuman had, qisas, dan ta’zir ke atas pesalah. Melalui penghukuman, para pesalah akan diberikan pengajaran dan tarbiyah dalam usaha memberikan kesedaran menjadikan pesalah sebagai insan yang lebih baik dari sebelumnya selain merasa jera untuk mengulangi tindakan di masa lampau. Walau bagaimana pun, sebelum seseorang disabitkan bersalah dan diputuskan dengan hukuman tertentu, proses penghakiman dan perbicaraan perlulah dilaksanakan dengan cermat dan adil demi menjaga kemaslahatan individu dan masyarakat. Menurut prinsip undang-undang jenayah, seseorang itu dianggap bebas dari sebarang tuduhan sehingga wujud pembuktian yang jelas. Dalam usaha menentukan bentuk pertuduhan kesalahan, para pelaksana perlu memastikan kewujudan elemen asas yang diperlukan seperti mens rea, actus reus dan sebagainya. Istilah-istilah berhubung elemen asas ini turut dibincangkan dalam Usul Fiqh dan mempunyai kriteria tertentu dalam penentuan hukum. Oleh itu, kajian ini berhasrat untuk mengenal pasti elemen asas dalam kesalahan jenayah di bawah PKHJS, 2013 dan menganalisis pengaruh elemen ini terhadap pensabitan suatu kesalahan dan hukumannya dari sudut pandang Usul Fiqh. Kajian ini membatasi kaedah kajian secara kualitatif melalui analisis dokumen secara deskriptif sebagai tinjauan awal untuk melihat sudut pandang usul fiqh terhadap elemen asas dalam beberapa kesalahan jenayah syariah di bawah PKHJS, 2013. Kajian ini diharap dapat memberikan percambahan ilmu khususnya dalam memudahkan para pelaksana menilai elemen asas suatu kesalahan sebelum pensabitan hukuman.msElemen AsasPensabitanKesalahan JenayahPKHJS2013Usul Fiqh.Pengaruh Elemen Asas dalam Pensabitan Kesalahan Jenayah Syariah dan Hukumannya: Tinjauan dari Sudut Usul Fiqhtext::conference output::conference proceedings::conference paper