Shamsudin, R.R.ShamsudinMat Akhir, N.S.N.S.Mat Akhir2024-05-292024-05-2920182232-0431http://abqarijournal.usim.edu.my/index.php/abqari/article/view/17https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14212Perbincangan mengenai kosmologi Melayu tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat Melayu yang berperanan mencorakkan pembentukan ketamadunan Melayu. Antara dimensi yang membentuk ketamadunan Melayu ialah kepercayaan orang Melayu tentang alam. Dalam hal ini, kedatangan Islam telah berupaya memberi anjakan yang ketara daripada sudut pemikiran masyarakat Melayu tentang alam termasuklah dalam aspek penciptaan alam. Namun, kepercayaan tradisi yang berunsurkan pengaruh Animisme dan Hindu Budha yang telah berakar umbi dalam masyarakat masih tidak terhakis sepenuhnya. Justeru, artikel ini bertujuan mengkaji kosmologi Melayu dan kosmologi Islam dengan membandingkannya daripada aspek penciptaan alam. Perbandingan tersebut dibincangkan berasaskan dalil-dalil naqli daripada al-Quran dan al-Sunnah. Kajian yang berbentuk kualitatif ini dilaksanakan melalui kajian kepustakaan dengan mendapatkan data-data daripada karya-karya induk dalam bidang tafsir dan hadith. Data-data tersebut dianalisis berdasarkan kaedah induktif dan deduktif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa elemen kosmologi Melayu yang didapati bertepatan dengan nas-nas daripada al-Quran dan al-Sunnah, umpamanya alam terbentuk daripada unsur tanah, api, air dan angin. Namun masih terdapat beberapa elemen yang dilihat amat bertentangan umpamanya konsep Nur Muhammad. Penulisan ini diharapkan dapat memberi sumbangan dalam usaha memartabatkan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih sebagai teras kosmologi Melayu.Kosmologi MelayuKosmologi IslamPenciptaan AlamAl-QuranAl-SunnahKosmologi Islam Dan Kosmologi Melayu: Analisis Perbandingan Aspek-Aspek Penciptaan Alam Berdasarkan Al-Quran Dan Al-SunnahArticle219234161