Nazura Abdul ManapHaliza A Shukor2024-05-282024-05-282015--0128-2670http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2015/06/7-Tinjauan-akta-persaingan.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/5640Jilid :27 Bil:2Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mewujudkan undang undang yang spesifik berkaitan dengan persaingan selepas Indonesia, Singapura,Thailand dan Vietnam. Akta Persaingan 2010 telah digubal oleh Parlimen Malaysia dan dikuatkuasakan pada tahun 2012. Suruhanjaya Persaingan Malaysia yang diwujudkan di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 merupakan badan yang diberikan tanggungjawab untuk menguatkuasakan peruntukan yang terkandung dalam Akta Persaingan 2010. Melalui Akta Persaingan 2010, Malaysia bermatlamat untuk meningkatkan ekonomi melalui proses persaingan yang bertujuan memberikan perlindungan kepada pengguna. Secara umumnya, Akta Persaingan 2010 menghalang perusahaan daripada terlibat dengan dua jenis kegiatan, iaitu perjanjian antipersaingan serta penyalahgunaan kedudukan dominan. Dengan wujudnya Akta Persaingan 2010, kerajaan berharap agar aktiviti antipersaingan dapat dielakkan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menganalisis peruntukan yang terkandung dalam Akta Persaingan 2010. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti peruntukan dalam Akta Persaingan 2010 serta menganalisis pemakaian peruntukan ini dalam sektor perniagaan di Malayia. Pendekatan kajian secara kualitatif, iaitu analisis terhadap dokumen perundangan yang relevan. Dapatan kajian mendapati bahawa Akta Persaingan 2010 memberikan asas terhadap persaingan yang sihat dalam pelbagai aktiviti komersial dan pemakaian umum.otherAkta Persaingan 2010,Suruhanjaya Persaingan Malaysia,perjanjian antipersaingan,kedudukan dominanTinjauan Terhadap Peruntukan Akta Persaingan 2010Overview of Provisions in the Competition Act 2010Article326340272