Mohd Faisol Ibrahim2024-05-302024-05-302020-11-109789674408558http://fem.usim.edu.my/ibaf2020-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17385e-Proceedings of The 9th Islamic Banking, Accounting and Finance International Conference 2020 (iBAF2020) “Navigating the New Normal in Islamic Finance and Wealth Management” 10th – 11th November 2020, Malaysia Organized by: Faculty of Economics and Muamalat,USIM Page: 106-112Zakat merupakan alat kewangan sosial Islam terpenting dalam masyarakat Islam. Zakat berada di kedudukan ketiga di dalam rukun Islam. Ledakan teknologi telah mengubah sistem pengurusan kewangan dan juga cara hidup masyarakat sekarang. Institusi pengurusan zakat di Malaysia perlu memanfaatkan perkembangan teknologi terkini untuk memastikan kutipan zakat dapat ditingkatkan setiap tahun. Ini akan memberi impak positif kepada agihan zakat untuk asnaf yang layak. Kemunculan FinTech di Malaysia telah mengubah corak pengurusan kewangan secara atas talian. Masyarakat sekarang pula lebih suka kepada sesuatu alat atau mekanisma yang mampu menjimatkan masa, kos, tenaga dan keselamatan diri. Oleh itu kajian ini akan mengkaji peranan institusi perbankan Islam di Malaysia sebagai ejen kutipan zakat melalui pengunaan FinTech. Kajian ini memfokuskan penggunaan online banking (perbankan internet) yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam kepada para pelanggan yang ingin menunaikan kewajipan membayar zakat secara cepat dan pantas. Kajian ini menggunakan kaedah temubual dan kajian perpustakaan bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Hasil kajian mendapati tidak semua institusi perbankan Islam menawarkan kemudahan bayaran zakat secara online banking kepada pelanggan mereka. Ini sangat merugikan institusi zakat dan pihak bank Islam itu sendiri. Jesteru itu institusi zakat perlu meningkatkan kerjasama dengan institusi perbankan di Malaysia bagi mempastikan kutipan zakat dapat ditingkatkan ke tahap maksimum dengan penawaran bayaran zakat secara atas talian oleh pihak perbankan Islam.en-USZakat; institusi zakat; perbankan Islam; FinTech.Penggunaan FinTech Di Kalangan Institusi Perbankan Islam Sebagai Ejen Kutipan Zakat Menggunakan Perkhidmatan Online BankingArticle106112