Norakyairee Mohd RausSiti Ramna KhamaruddinSiti Rahmah Ahmad Razuan2024-05-302024-05-302020-10-292756-8156www.penerbit.usim.edu.myhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17231Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM031 543-551Inisiatif kelab khidmat mahasiswa cakna OKU, Sekretariat Sahabat FAQEH USIM (SaF USIM) di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM dalam penganjuran online Tadarus Tanpa Suara (TTS) merupakan usaha ke arah memperkasa masyarakat dan mengupaya komuniti OKU dalam berinteraksi bersama Quran. Online TTS berlangsung setiap hari sepanjang bulan Ramadhan 1441H bermula jam 10.00 pagi menggunakan aplikasi Google Meet. Usaha ini secara tidak langsung memberi pendedahan dan kesedaran kepada mahasiswa khususnya dan masyarakat terhadap hadis keutamaan membaca Quran yang perlu diterokai pendekatannya berdasarkan kekuatan dan kelainan upaya belajar komuniti OKU. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat peranan SaF USIM dalam usaha santunan mahasiswa USIM terhadap komuniti OKU dan impak dalam penganjuran program Online TTS terhadap komuniti OKU Pekak di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana protokol pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen merupakan kaedah pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan keperluan terhadap penerokaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Quran terhadap komuniti OKU Pekak khususnya dalam memperkasa peranan mahasiswa cakna OKU. Ia turut memberi definisi baharu dalam pembelajaran Quran dalam kalangan komuniti istimewa ini di mana kaedah pembacaan Quran bukan hanya tertumpu kepada pembacaan terjemahan Quran sahaja. Jika komuniti tipikal membaca Quran bersuara, bertajwid dan bertarannum, maka komuniti OKU Pekak membaca Quran tanpa suara dengan mengisyaratkan kod tangan hijaiyyah pada setiap huruf-huruf Quran sesuai dengan aspirasi Hadis Nabi SAW berkaitan keutamaan membaca Quran melalui konsep ‘Alif’ satu huruf, ‘Lam’ satu huruf dan ‘Mim’ satu huruf.otherQuran bagi OKU Pekak,Sahabat FAQEH USIM,Online Tadarus Tanpa Suara.Inovasi Pembelajaran Quran Dalam Kalangan OKU Pekak Berdasarkan Hadis Keutamaan Membaca QuranArticle