Mohd Shamsul Hakim Abd SamadMuhammad Arif MusaAhmad Sanusi Azmi2024-05-302024-05-302023Ramlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.eISSN: 2811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16996PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol 4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah StudiesProgram berkonsepkan pembelajaran dan pengajaran al-Quran menerusi media baharu mula mendapat tempat khususnya selepas tahun 2020 yang lalu. Ia bermula dengan pengenalan program My Quran Time yang dilancarkan oleh media penyiaran TV al-Hijrah dengan kerjasama pihak Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan pihak Karangkraf bagi mengisi pengisian bermanfaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan akibat wabak COVID-19 yang melanda dunia. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehingga jumlah tontonan mencecah jutaan penonton. Selepas daripada penganjuran program tersebut, TV al-Hijrah mengorak langkah melancarkan sebuah program baharu di bawah kendaliannya sepenuhnya iaitu Quran@114 yang berobjektifkan memberikan pengenalan dan sinopsis atau ringkasan bagi surah-surah yang terkandung dalam al-Quran di samping membawakan pelajaran-pelajaran yang penting daripada surah-surah yang dibincangkan. Pengenalan kepada program baharu di Tval-Hijrah ini dilihat satu revolusi dalam pembelajaran dan pengajaran al-Quran abad ke-21 dari sudut kandungan, persembahan dan penerimaan masyarakat terhadap program-program yang bertemakan pembelajaran dan pengajaran al-Quran. Justeru kertas kerja ini disediakan bagi memberikan justifikasi terhadap penyataan bahawa program ini adalah suatu revolusi dalam pembelajaran dan pengajaran al-Quran abad ke-21.otheran, media, tvalhijrah, quran@114Quran@114 Tval-Hijrah: Revolusi Pembelajaran Dan Pengajaran Quran Abad Ke 21Article729735