Mohd Faisol Ibrahim2024-05-292024-05-2920161823-075Xhttp://jmifr.usim.edu.my/index.php/jmifr/article/view/32https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14619Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kaedah bayaran zakat harta yang ditawar-kan oleh institusi-institusi zakat di Malaysia. Kajian ini membuat penilaian terhadap kaedah pembayaran zakat yang telah dilaksanakan oleh semua institusi zakat negeri. Kajian mendapati bahawa terdapat ketidakseragaman kaedah-kaedah bayaran zakat yang ditawarkan oleh institusi zakat termasuk institusi zakat yang dikorporatkan dan institusi zakat yang tidak dikorporatkan. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan mengkaji punca ketidakselarasan kaedah- kaedah bayaran zakat oleh semua institusi negeri dan menganalisis hubungan yang wujud antara kaedah-kaedah bayaran zakat yang ditawarkan oleh institusi-institusi zakat negeri dengan jumlah kutipan zakat yang diperolehi oleh sesebuah institusi zakat negeri. Kajian yang dilakukan ini menggu-nakan metode kualitatif yang berasaskan kajian perpustakaan sahaja. Oleh itu, ke- seragaman kaedah-kaedah yang disediakan untuk pembayar zakat oleh institusi zakat negeri perlu dilaksanakan supaya mampu memberi kesan positif kepada peningkatan jumlah kutipan zakat di masa hadapan.ZakatKaedah Bayaran ZakatBayaran Zakat; Institusi ZakatAnalisis Kaedah Bayaran Zakat Harta oleh Institusi Zakat di MalaysiaArticle109124132