Syed Salim Syed Shamsuddin2024-05-302024-05-3020180127-7871http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/21https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15341Artikel ini meninjau peranan pengajian kitab turath Jawi sebagai satu bentuk kaedah pengajaran dan pembelajaran ilmu-ilmu Islam yang penting terutama kepada pengajian ilmu fiqah di Malaysia. Tradisi pengajian yang menggunakan teks turath Jawi telah lama dipraktikkan di Alam Melayu. Namun begitu, sistem pengajian moden tempatan dilihat kurang memberi penekanan kepada pengambilan teks turath Jawi sebagai teks utama dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, artikel ini cuba melihat kesan dan kepentingan pengajian teks turath Jawi untuk memahami ilmu-ilmu Islam, khususnya ilmu fiqah. Di samping itu, perbincangan artikel ini turut melihat perlaksanaan pengajian talaqqi kitab turath Jawi di beberapa buah fakulti di Universiti Sains Islam Malaysia. Untuk tujuan ini, kaedah kualitatif deskriptif digunapakai di samping soal selidik dan temu bual berstruktur separa. Hasil kajian ini mendapati bahawa pengajian talaqqi kitab turath Jawi merupakan satu kaedah yang sangat penting dalam dunia pendidikan di Malaysia terutama kepada pelajar aliran syariah. Kitab turath Jawi dianggap sebagai sumber utama dalam pengajian ilmu-ilmu Islam di rantau ini. Kefahaman terhadap teks turath Jawi ini dapat memantapkan para pelajar dengan ilmu-ilmu asas Islam yang kukuh sebelum mula mempelajari ilmu-ilmu moden. Dengan itu, mereka dapat mempertahankan diri daripada pelbagai pengaruh luar yang boleh menjejaskan kefahaman mereka terhadap Islam. Tuntasnya, tradisi pengajian kitab-kitab turath Jawi perlu diketengahkan semula dalam masyarakat Melayu di Malaysia khususnya masyarakat kampus di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.otherTurath IslamiPendidikan IslamTamadun MelayuSistem PondokKitab JawiPemantapan Pelajar Aliran Syariah di Institusi Pengajian Tinggi Melalui Pengajian Kitab Turath Jawi: Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Pengajian Talaqqi di Universiti Sains Islam MalaysiaEmpowering Students Specializing in Islamic Jurisprudence at Higher Learning Institution Using the Jawi Classical Books: An Overview on the Implementation of Talaqqi Learning Method at Universiti Sains Islam MalaysiaArticle273731