Ezad Azraai JamsariRaja Muhammad Imran Raja Abdul AzizErmy Azziaty RozaliBadlihisham Mohd NasirMohamad Zulfazdlee Abul Hassan AshariAdibah SulaimanNoorsafuan Che Noh2024-05-282024-05-28202019/1/20210128-1763236-4810.35631/IJLGC.521008http://www.ijlgc.com/PDF/IJLGC-2020-21-12-10.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/5381Volume :5 No: 21Makalah ini memerihalkan pencerakinan sumber-sumber primer terpilih berkenaan Perang Çanakkale (Perang Gallipoli) yang berlaku pada tahun 1915 dalam Kerajaan ‘Uthmaniyyah, di samping memberi anotasi holistik kepada sumber-sumber tersebut. Analisis naratif dalam kajian ini memberi erti pemerian dan pemerihalan aspek pengajaran penceritaan daripada catatan sumber-sumber terpilih berkenaan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan meneliti sumber-sumber primer terpilih dan anotasinya kepada Perang Çanakkale 1915. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Bagi kaedah pengumpulan data, data kajian ini dikumpul menggunakan analisis dokumen dengan penelitian terhadap sumber-sumber primer terpilih. Manakala bagi kaedah penganalisisan data, kajian ini selanjutnya menggunakan pendekatan kritikan luaran dan kritikan dalaman. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa terdapat kelompangan pada pemerolehan sumber-sumber berkaitan Perang Çanakkale 1915, khasnya dalam bahasa Melayu yang tercermin daripada perspektif anak watan. Justeru, kajian ini mengambil prakarsa untuk memfokuskan aspek analisis naratif bagi Perang Çanakkale 1915 dengan tumpuan pada beberapa sumber primer terpilih dalam bahasa Inggeris. Pencerakinan ini dilakukan secara holistik dengan penelitian anotasi terhadap bahan rujukan bagi sejarah Perang Çanakkale 1915 yang diklasifikasikan sebagai berwewenang. Analisis anotasi berkenaan dilakukan terhadap 10 bahan bagi kategori catatan perang (primer) yang dipilih secara rawak. Sumbangan kajian ini dapat memberi kemudahan dalam pencarian sumber berkaitan sejarah Perang Çanakkale 1915, khasnya dari sudut sumber primer berautoriti. Secara tidak langsung, kajian ini juga dapat memartabatkan bidang sejarah ketenteraan Islam, khususnya pada era ‘Uthmani kepada para pengkaji korpus sejarah dan tamadun Islam, di samping mewujudkan senarai rujukan Perang Çanakkale 1915 dalam bahasa Melayu bagi mengisi kelompangan yang dinyatakan sebelum ini.en-USPerang ‘Uthmaniyyah, Sejarah Ketenteraan, Ketenteraan ‘Uthmaniyyah, Perang Çanakkale, Perang Gallipoli, Sumber PrimerAnalisis Naratif Perang Canakkale 1915 Menurut Cerminan Sumber Primer TerpilihA Narrative Analysis On The Battle Of Çanakkale 1915 According To The Reflection Of Selected Primary SourcesArticle83110521