Ahmad Fahim ZulkifliBrolin Peter Ugau2024-05-302024-05-302021eISBN: 9789674408855https://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18138Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam MalaysiaObjektif - Matlamat utama kajian ini adalah untuk menerangkan tahap penyertaan aktiviti fizikal di kalangan pelajar jurusan Pendidikan Seni di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Tambahan, kajian ini juga telah mengenalpasti persepsi terkini dan strategi yang berpotensi untuk menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti fizikal. Metodologi - Kajian ini mengadaptasi bentuk kajian campuran yang terdiri daripada kaedah “quantitative” dan “qualitative”. Peserta terdiri daripada 30 pelajar semester akhir jurusan Pendidikan Seni berumur di antara 24-26 tahun (5 lelaki, 25 perempuan). Penyertaan dalam aktiviti fizikal dinilai menggunakan “International Physical Activities Questionnaire (IPAQ)” yang telah diubah mengikut konteks kajian. Data “qualitative” dikumpulkan melalui temubual untuk mengenalpasti persepsi dan strategi yang bersesuaian menyokong penyertaan mereka dalam aktiviti fizikal. Analisis data telah dijalankan menggunakan perisian SPSS (versi 26.0) menggunakan ujian seperti “descriptive statistics” (cth., purata, peratus). Dapatan - Majoriti pelajar Pendidikan Seni tahun akhir adalah aktif. Kebanyakan peserta juga sedar tentang kepentingan aktiviti fizikal terhadap kesihatan umum, bentuk badan ideal, dan mengekalkan kecergasan. Dari aspek strategi; peserta percaya fakulti dan universiti bertanggungjawab untuk menganjurkan pelbagai program untuk menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti fizikal. Tambahan, majoriti peserta juga terlibat sama ada dalam intensity tinggi atau sederhana dalam setiap minggu dengan 66.7% dan 47.7% penglibatan. Kepentingan - Kajian ini percaya penyertaan individu dalam aktiviti fizikal adalah proses jangka panjang dan memerlukan komitmen. Hanya pendidik yang mempunyai ilmu pengetahuan, kefahaman dan motivasi yang tinggi boleh membawa kepada perubahan persepsi dan pendekatan pelajar terhadap aktiviti fizikal sepanjang hayat.otheraktiviti fizikal, pengajaran dan pembelajaran, guru pelatih, seni rekabentukPenyertaan Dan Strategi Meningkatkan Aktiviti Fizikal Di Kalangan Pelajar Pendidikan Seni Di UiTMInvolvement and Strategies to Increase Physical Activities Among Art Education Students in UiTMArticle384398