Muhamad Zaki ZainuddinSyed Salim Syed Shamsuddin2024-05-312024-05-3120229789670001814https://pkausim.usim.edu.my/sais-2022/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18649E-Proceeding SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022 : “Memimpin Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli” /Editor: Noorfajri Ismail (Head) , Latifah Abdul Latiff , Zalika Adam, Syamila Mansor, Dzulkhairi Mohd Rani, Ahmad Fadly Nurullah Rasedee, Azman Ab Rahman, Nur Aina Abdulah, Manal Jusoh, Syed Najihuddin Syed Hassan 1 December 2022 \ Venue: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM Organized by Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM), Faculty of Syariah and Law, USIM and the Institute of Fatwa and Halal (iFFAH)Akidah merupakan satu ikatan kepercayaan dan keyakinan yang kuat antara makhluk dan Pencipta. Akidah mestilah disertai dengan perbuatan iaitu ibadah. Ibadah membantu individu Muslim mengawal dirinya daripada terlibat dengan unsur-unsur jenayah mahupun salah laku disiplin. Kajian ini mengkaji tahap pengetahuan akidah dan amalan solat fardu pelajar sekolah menengah di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Kajian ini juga mengkaji hubungan antara tahap pengetahuan akidah pelajar dengan amalan solat fardu mereka serta sumbangan pengetahuan akidah terhadap amalan solat fardu yang mereka lakukan. Kajian ini melibatkan 352 orang pelajar dari 36 buah sekolah menengah di daerah Seremban. Satu set borang soal selidik yang ditadbir secara dalam talian digunakan sebagai instrumen kajian. Analisis data secara deskriptif dan inferensi melalui ujian korelasi Pearson dan regresi berganda dilakukan dengan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan akidah amalan solat fardu pelajar berada pada tahap tinggi. Hasil kajian juga mendapati tahap pengetahuan akidah pelajar mempunyai hubungan yang signifikan pada tahap sangat rendah dengan amalan solat fardu pelajar (r = 0.139, p < 0.01). Analisis regresi mendapati pengetahuan akidah pelajar mempengaruhi secara signifikan terhadap amalan solat fardu pelajar. Hasil kajian ini diharap menginspirasikan Guru Pendidikan Islam (GPI) untuk mempelbagaikan aktiviti sokongan akademik serta mengaplikasikan teknologi terkini dalam pengajaran dan pemudahcara (PdPc) mata pelajaran akidah dan ibadah. Input ini diharap dapat meningkatkan penghayatan akidah dan ibadah pelajar dalam usaha untuk mengekang penglibatan remaja dalam salah laku jenayah.otherPengaruh Pengetahuan Akidah Terhadap Amalan Solat Fardu: Tinjauan Terhadap Pelajar Sekolah Menengah Daerah Seremban, Negeri SembilanArticle95107