Mohamad Afzanizzam ZahranMohd Azmir Mohd Nizah2024-05-312024-05-312022e-ISBN : 9789670001746https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18304E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman 19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM) Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta IndonesiaDewasa ini aplikasi media sosial TikTok semakin menjadi pilihan masyarakat terutamanya golongan muda dalam mendapatkan maklumat semasa. Dapatan kajian menunjukkan jumlah pengguna TikTok di Malaysia pada awal tahun 2022 adalah seramai 14.59 juta yang merangkumi pengguna berusia 18 tahun ke atas. Pengaruh TikTok yang besar digunakan sebaik mungkin oleh pelbagai pihak termasuk parti politik bagi memenuhi agenda mereka. Melihat kepada perkembangan semasa, media sosial kini juga digunakan bagi tujuan toleransi politik. Makalah ini akan melihat bagaimana TikTok diguna pakai bagi tujuan tersebut terutamanya dalam kalangan orang muda. Kajian yang dilakukan akan menggunakan kaedah analisis kandungan ke atas kandungan video di dalam akaun TikTok ahli politik, aktivis, ahli akademik, artis dan mahasiswa yang berkaitan dengan toleransi politik bagi tempoh mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2022. Hasil tinjauan awal ini diharap dapat membantu pihak-pihak yang berkepentingan dalam merangka strategi untuk meningkatkan lagi toleransi politik dalam kalangan masyarakat di negara ini.otherMedia sosial, TikTok, toleransi politik, golongan mudaPengaruh Tiktok Terhadap Toleransi Politik dalam Kalangan Orang Muda di MalaysiaArticle7480